Pesta Kaamatan Kg Minintod 2026 tampil aktiviti rapatkan komuniti setempat

SEPANGGAR – Pesta Kaamatan 2026 di Kampung Minintod, Inanam bukan sekadar sambutan tradisi, tetapi juga simbol perpaduan dan keharmonian dalam kalangan penduduk setempat.

Pengerusi penganjur, John Sabinus berkata, tema pesta tahun ini, “Kaamatan: Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian”, memberi mesej yang mendalam kepada semua rakyat Sabah.

“Pesta ini bukan hanya tentang budaya, tetapi juga tentang bagaimana masyarakat dari pelbagai lapisan dan kaum dapat bersatu meraikan tradisi bersama.

“Pesta anjuran KDCA Kampung Minintod ini akan berlangsung pada 13 dan 14 Mei 2026 di Dewan Marcelinus, menampilkan pelbagai aktiviti yang merapatkan komuniti setempat,” katanya ketika ditemui oleh wartawan The Malaysia Press selepas mengadakan kunjungan kepada Ahli Parlimen P171 Sepanggar, Datuk Ts. Mustapha Sakmut, di pejabatnya, pada Jumaat.

John berkata, beliau bersama rombongan mengadakan kunjungan hormat ke atas Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) bagi memaklumkan dan memanjangkan jemputan sebagai perasmi pada program tersebut.

“Kehadiran kami hari ini disambut mesra oleh Datuk Ts. Mustapha dan pertemuan ini merupakan simbol kepada sokongan pihak kerajaan terhadap usaha memupuk perpaduan melalui budaya.

“Kami berharap kehadiran orang ramai, khususnya penduduk kampung, akan menyemarakkan lagi semangat perpaduan serta memberi peluang kepada semua untuk meraikan warisan budaya Sabah bersama-sama,” jelasnya.

Tambah John, pelbagai aktiviti tradisional telah dirancang sepanjang dua hari pesta itu antaranya Pertandingan Unduk Ngadau, Pertandingan Sugandoi, Pertandingan Zandi Tavanus, pertandingan sukan tradisi serta pertandingan masakan tradisional,” kongsinya.

Selain John, Mustapha turut menerima kunjungan daripada Parti Anak Negeri pada Khamis.

Related Posts

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

IPOH – Seekor harimau belang betina seberat 94 kilogram berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak selepas memasuki perangkap yang dipasang berhampiran sebuah kandang lembu di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

‘Ibarat bercakap dengan batu’, penduduk kecewa tuntutan bina Hospital Gemas diabaikan Ridzuan 

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Ucapan penyandang DUN Labu cetus polemik, sentuh pewarisan takhta Negeri Sembilan

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH