Polis bongkar inap desa jadi sarang PATI

ARAU – Polis membongkar kegiatan sebuah inap desa di Jalan Padang Nyu di sini yang dipercayai dijadikan lokasi perlindungan pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya dalam serbuan Ops Pintas (TIP) awal pagi tadi.

Operasi antara pukul 12.30 tengah malam hingga 2 pagi itu dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau bersama Task Force IPD Arau melibatkan tiga pegawai dan 21 anggota.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, hasil serbuan di inap desa berkenaan membawa kepada penahanan 28 warga Myanmar etnik Rohingya.

Menurut beliau, mereka terdiri daripada 10 lelaki dewasa, 10 wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan berusia antara satu hingga 44 tahun.

“Hasil pemeriksaan mendapati hanya 15 individu memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

“Seramai 13 lagi gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai PATI,” katanya hari ini.

Beliau berkata, PATI yang ditahan terdiri daripada seorang lelaki dewasa, tujuh wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan termasuk bayi.

Katanya, kesemua mereka direman selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kesemua PATI terbabit masuk ke negara ini sejak satu hingga dua tahun lalu dengan menaiki bot dari Myanmar sebelum berlabuh di Thailand.

“Mereka kemudian berjalan kaki masuk ke Malaysia melalui laluan tidak sah dengan bantuan etnik Rohingya lain yang tidak dikenali.

“Kesemua mereka juga tidak mempunyai destinasi tertentu selain mencari perlindungan dan tempat tinggal yang selamat serta terlindung daripada pihak berkuasa,” katanya.

Tambah beliau, pemilik inap desa berkenaan akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan lanjut.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang