Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

MULU — Tindakan pantas dan kerjasama strategik beberapa agensi kerajaan berjaya menyelamatkan nyawa seorang pesakit masyarakat Penan dari kawasan pedalaman terpencil, Long Lobang, menerusi satu penerbangan ihsan ke Hospital Umum Miri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala berkata, pesakit yang dikenali sebagai Kuya Akeh dilapor berada dalam keadaan tenat sejak beberapa hari lalu sebelum penduduk kampung memohon bantuan kecemasan.

Menurutnya, Kuya yang juga bapa kepada Ketua Kampung Long Lobang, Lian Kuya, tidak dapat dibawa keluar memandangkan perjalanan ke kawasan terdekat di Bario mengambil masa kira-kira dua hari berjalan kaki meredah hutan dan kawasan berbukit.

“Penduduk kampung tidak mampu membawa pesakit bagi mendapatkan rawatan disebabkan laluan yang terlalu sukar dan berisiko tinggi.

“Keadaan geografi yang mencabar ini menyebabkan akses kepada kemudahan kesihatan amat terhad dan menyukarkan pergerakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Gerawat berkata, pihak Hospital Umum Miri sebelum ini memaklumkan bahawa prosedur operasi standard (SOP) perubatan sedia ada tidak membolehkan pemindahan perubatan udara (medivac) dilakukan dari Long Lobang.

Bagaimanapun, kebuntuan itu berjaya diselesaikan apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pengkalan Udara Wilayah Utara Miri tampil menghulurkan bantuan.

“Demi menyelamatkan nyawa pesakit, saya segera mencari alternatif lain. Syukur apabila pejabat kami menghubungi pihak bomba, mereka dengan penuh komitmen dan semangat kemanusiaan bersedia melancarkan penerbangan ihsan ini,” ujarnya.

Misi menyelamat itu turut mendapat kerjasama erat daripada Pejabat Residen Miri, Jabatan Kesihatan Bahagian Miri serta Hospital Umum Miri bagi memastikan pesakit menerima rawatan lanjut dengan segera.

Tambahnya, tindakan pantas semua pihak yang terlibat jelas mencerminkan keutamaan kerajaan terhadap kebajikan rakyat tanpa mengira sempadan lokasi.

“Usaha ini bukan sahaja menyelamatkan nyawa, malah memberi sinar harapan kepada masyarakat pedalaman bahawa mereka tidak pernah dipinggirkan.

“Penghargaan setinggi-tingginya kepada semua agensi yang berdedikasi menjayakan misi kemanusiaan ini demi kesejahteraan rakyat Sarawak,” jelasnya.

Foto: Facebook Gerawat Gala

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung