Sindiket dadah RM16.34 juta tumpas, guna kenderaan terpakai elak dikesan

TAWAU – Taktik sindiket pengedaran dadah bernilai RM16.34 juta dengan menyembunyikan bahan terlarang itu menggunakan kenderaan terpakai sebelum diedar ke seluruh Sabah dan negara jiran berjaya ditumpaskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejayaan itu hasil kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dalam dua siri serbuan di daerah ini.

“Dalam serbuan pertama di Batu 15, Jalan Apas pada 21 April, polis menahan dua suspek bersama sebuah Toyota Harrier sebelum menemukan 128 peket plastik lutsinar disyaki methamphetamine (syabu) seberat 130.60 kilogram.

“Susulan tangkapan itu, serbuan kedua pada 1 Mei kemudian dilakukan ke atas dua kenderaan iaitu Nissan Sylphy dan Toyota Camry di Bandar Sri Indah, Batu 10, Jalan Apas.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan Sylphy merampas 85 bungkusan methamphetamine seberat 90.42kg dan 488 katrij yang mengandungi cecair jenis Fentanyl sebanyak 0.98 liter.

“Pemeriksaan pada kenderaan Camry pula menemukan 99 bungkusan syabu seberat 102.90kg,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau, pada Khamis.

Menurut Hussein, jumlah keseluruhan rampasan membabitkan 323.91 kilogram methamphetamine dan 0.98 liter fentanyl itu boleh memudaratkan kira-kira 1.58 juta pengguna.

Hasil siasatan turut mendapati seorang suspek berperanan sebagai transporter manakala seorang lagi ahli sindiket.

“Suspek pertama mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk dadah, manakala seorang lagi dua rekod jenayah.

“Sindiket dipercayai aktif sejak Januari tahun ini dengan modus operandi menggunakan kenderaan terpakai serta menyembunyikannya di ruang tersorok kenderaan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Kedua-dua suspek sudah didakwa di mahkamah pada Rabu,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya turut menyita aset bernilai RM34,000 iaitu sebuah Volkswagen Passat, motosikal Yamaha Y16ZR dan wang tunai RM18,000 mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pelucuthakan Harta) 1988.

Related Posts

ADUN Sugut tegur kenyataan ADUN Likas, gesa hormati adab Dewan

SUGUT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib menegur kenyataan yang dikeluarkan ADUN Likas berhubung perjalanan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini dan menggesa semua wakil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembinaan 4 pos kawalan baharu Pulau Sebatik tingkat keselamatan sempadan

TAWAU – Perancangan proaktif kerajaan dengan pembinaan empat pos kawalan baharu khusus di Pulau Sebatik akan memperkukuhkan lagi tahap keselamatan sempadan negara Malaysia-Indonesia. Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

  • By Ynom
  • May 9, 2026
SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar