Infrastruktur pendidikan dipertingkat di Kalaka, projek RTP siap sepenuhnya

SARATOK – Usaha memperkasakan kemudahan pendidikan demi memastikan pelajar dapat belajar dalam suasana selesa dan kondusif terus menjadi fokus utama pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, penyediaan infrastruktur pendidikan yang baik amat penting bagi membantu meningkatkan mutu pembelajaran serta kebajikan warga sekolah.

Menurutnya, antara projek yang berjaya disiapkan baru-baru ini ialah kerja menaik taraf kawasan perhimpunan di Dataran Ilmu dan kemudahan berkaitan di Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Rahman menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

“Keselesaan pelajar ketika menuntut ilmu sentiasa menjadi keutamaan saya dalam merancang pembangunan di kawasan ini.

“Kita mahu setiap sekolah memiliki kemudahan yang lebih baik supaya proses pembelajaran dapat berlangsung dalam persekitaran yang lebih kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan berhubung projek RTP yang kini siap sepenuhnya selepas disahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana pada Rabu.

Tambah beliau, projek tersebut dilaksanakan mengikut jadual oleh kontraktor yang dipilih menerusi proses cabut undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong bagi memastikan ketelusan pelaksanaan projek pembangunan.

Mengulas lanjut, Mohamad memaklumkan bantuan dan kerja naik taraf infrastruktur sekolah akan dilaksana secara berperingkat melibatkan kesemua 14 sekolah di bawah DUN Kalaka.

Langkah itu tegasnya, adalah bagi memastikan setiap institusi pendidikan menerima manfaat secara adil dan seimbang.

Terdahulu, sesi penyerahan projek RTP yang telah siap di SK Abang Abdul Rahman itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Cawangan PBB Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi yang hadir mewakili beliau.

Dalam pada itu, Mohamad turut merakamkan penghargaan kepada pihak JKR serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan projek tersebut dapat disiapkan dengan lancar demi manfaat warga sekolah dan komuniti setempat.

Related Posts

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

MUKAH – Penduduk di seluruh daerah Matu dan Kampung Nangar Besar, Daro dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya berikutan pelaksanaan kerja baik pulih paip utama yang bermula pada Ahad. Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

IPOH – Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan selepas disyaki menyerang dan mengugut seorang penguat kuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ketika mangsa menjalankan tugas mengeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1