Saratok bakal miliki gelanggang tinju baharu, fokus lahirkan bakat muda

SARATOK – Berita gembira buat peminat sukan tempur di daerah ini apabila sebuah gelanggang tinju baharu bernilai RM190,000 bakal dibina bagi merancakkan lagi pembangunan sukan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek berkenaan mendapat kelulusan menerusi Pejabat Residen Bahagian Betong berikutan permohonan yang dikemukakan sebelum ini.

Menurutnya, pembinaan kemudahan yang lebih selesa itu diharap mampu menjadi platform terbaik untuk mencungkil dan melahirkan lebih ramai petinju muda berbakat besar yang mampu menggegarkan pentas lebih tinggi.

“Saya telah memohon melalui Residen Bahagian Betong untuk membina sebuah gelanggang tinju di Saratok sebagai usaha kita memperkasakan pembangunan sukan ini.

“Kemudahan ini nanti bukan sahaja memberi manfaat kepada atlet sedia ada, malah membuka peluang kepada golongan belia untuk menceburi sukan tinju secara lebih serius,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis perasmian Kejohanan Tinju Bakat, Junior dan Jemputan Saratok Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Pentas Utama Sri Kalaka pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamad menyifatkan tinju bukan sekadar aktiviti fizikal semata-mata, sebaliknya elemen penting dalam membentuk disiplin, keberanian dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan anak muda.

“Sukan adalah medium terbaik bagi membentuk jati diri dan memupuk semangat kesukanan, selain menjadi benteng pertahanan untuk menjauhi belia daripada terjebak dengan gejala sosial,” jelasnya.

Kejohanan berprestij yang berlangsung selama enam hari bermula 4 hingga 9 Mei itu menghimpunkan petinju muda dari seluruh Sarawak.

Ia melibatkan penyertaan daripada empat buah kelab utama iaitu Joseph Harry Boxing Club, Panglima Seman Boxing Club, Tidal Bore Boxing Club dan UDAK Boxing Club.

Turut hadir ADUN Krian, Friday Belik; Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid; Presiden Joseph Harry Boxing Club, Joseph Harry serta legenda tinju negara, Mejar Sapok Biki.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah. Abu Bakar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai