Krisis Negeri Sembilan reda, 14 ADUN UMNO kembali sokong kerajaan

PUTRAJAYA – Kemelut politik di Negeri Sembilan yang tercetus sebelum ini disahkan telah diselesaikan apabila semua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO kembali menyokong Kerajaan Perpaduan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, kedudukan kerajaan negeri kini stabil dan terus kekal di bawah pentadbiran sedia ada.

“Jadi keputusan sekarang ialah Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan kekal, maka mereka (14 ADUN) kekal menyokong Kerajaan Perpaduan.

“Jemaah Menteri pada hari ini turut mengambil maklum bahawa isu yang membabitkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan yang sudah berjaya diurus dan diselesaikan dengan baik selepas pertemuan pimpinan tertinggi UMNO dan Pakatan Harapan (PH) semalam.

“Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan kekal mentadbir dengan dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan hari ini ketika mengulas perkembangan terkini berhubung sokongan ADUN UMNO terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pada 27 April lalu, kesemua 14 ADUN UMNO negeri itu dilaporkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin susulan isu yang membabitkan institusi adat serta perlembagaan negeri.

Mengulas lanjut, Fahmi memaklumkan sebarang perkara berbangkit selepas ini akan ditangani oleh kepimpinan tertinggi parti berdasarkan kesepakatan yang telah dicapai antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa pertemuan antara pimpinan kedua-dua parti semalam tidak menyentuh soal Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar