Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

KOTA KINABALU – Sektor pelancongan di negeri ini akan terus berdaya tahan meskipun berdepan cabaran susulan konflik semasa di Asia Barat.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tidak dinafikan banyak perniagaan perlu mengambil tindakan berani dan tegas bagi menangani ketidakpastian yang bakal datang akibat konflik tersebut.

“Krisis ini akan mengubah secara asas cara kita beroperasi. Setiap sektor akan terkesan, yang bermakna kita mesti menyesuaikan diri dan berinovasi dalam amalan perniagaan kita.

“Namun, masa depan tetap cerah. Walaupun terdapat cabaran ini, saya gembira melihat keyakinan pelabur yang kukuh terhadap sektor pelancongan Sabah,” katanya pada Majlis Perasmian Sheraton, di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebagai respons kepada cabaran industri yang muncul susulan konflik Asia Barat, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah secara proaktif menyusun semula strategi bagi memastikan Sabah kekal sebagai destinasi utama, berdaya tahan dan menarik di peringkat global kepada pelancong dari seluruh dunia.

“Kerajaan negeri sedang mengukuhkan keupayaan Sabah untuk bersaing melalui pelbagai inisiatif strategik.

“Inisiatif tersebut termasuk menjalin kerjasama dengan syarikat penerbangan global bagi meningkatkan jaringan perhubungan, membangunkan produk pelancongan premium, meningkatkan standard perkhidmatan ke aras antarabangsa, serta menganjurkan acara bernilai tinggi.

“Melalui usaha ini, kita akan meletakkan Sabah sebagai destinasi percutian utama dan juga hab perniagaan yang dinamik,” kongsinya.

Hajiji turut memaklumkan selain Sheraton Kota Kinabalu, beberapa hotel lain berada pelbagai peringkat pembinaan, termasuk Avani dan Fairfield by Marriott, Grandis di The Peninsula, Kota Kinabalu; Club Med di Kuala Penyu; InterContinental di Papar dan Wyndham di Semporna.

“Pembangunan ini akan menambah sebanyak 2,740 bilik kepada jumlah inventori sedia ada, sekali gus membuktikan daya tahan dan keyakinan rakan kongsi industri kita walaupun dalam keadaan tidak menentu.

“Impak ekonomi daripada pembangunan hotel-hotel ini tidak boleh dipandang ringan.

“Kita menjangkakan ratusan peluang pekerjaan, bukan sahaja dalam hotel itu sendiri, tetapi juga merentasi rantaian bekalan, perkhidmatan dan perniagaan berkaitan serta pembekal tempatan, restoran dan tarikan pelancongan akan mendapat manfaat yang besar.

“Selain manfaat ekonomi, pembangunan hotel baharu ini akan meningkatkan profil Sabah sebagai destinasi utama.

“Ia akan menarik persidangan, acara korporat serta pelancong yang ingin menikmati yang terbaik kita tawarkan, sekali gus mengukuhkan ekonomi kita melalui hasil pelancongan yang mampan,” ujarnya.

Related Posts

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

ALOR SETAR – Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menafikan dakwaan kononnya pihaknya bersikap lepas tangan dalam menangani kemelut yang dihadapi pesawah di bawah seliaannya susulan kenaikan harga diesel dan cuaca…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

KANGAR – Gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa semua pihak menghentikan sebarang bentuk provokasi berhubung isu penggunaan kalimah Allah pada sebuah tokong di sebuah premis perniagaan di Seriab di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji

Industri pelancongan Sabah kekal berdaya tahan – Hajiji