Mahkamah Rayuan arah lelaki belasah isteri hingga koma dipenjara 14 tahun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan memerintahkan bekas suami Jahidah Nordin iaitu Rosmaini Abdul Raof, dihukum penjara 14 tahun berkuat kuasa hari ini atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah terhadap wanita itu, lima tahun lalu.

Hukuman itu dikenakan terhadap Rosmaini, 43, selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Panel dipengerusikan Hakim Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, turut memerintahkan tertuduh membayar ganti rugi RM25,000 kepada mangsa atau tambahan penjara enam bulan jika gagal membayarnya, lapor Berita Harian.

Pada 4 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 9 Disember 2024 yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Rosmaini.

Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad, bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan akhir diputuskan.

Rosmaini sempat dipenjarakan 79 hari selepas disabitkan bersalah oleh Mahkamah Sesyen.

Pada 17 Jun 2021, Rosmaini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap Jahidah, 46, yang ketika itu hamil 10 minggu, dengan memukul kepala, muka dan tangan mangsa serta menendangnya.

Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru, pada jam 6 pagi, 4 Mei tahun sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang membolehkan hukuman penjara dua kali ganda daripada tempoh maksimum.

Related Posts

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memaklumkan kadar tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih belum dimuktamadkan dan sebarang maklumat yang tular kini adalah tidak tepat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama