PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PENGUMUMAN Pakej Daya Tahan Ekonomi (PACE) bernilai RM710 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Pekerja 2026 disifatkan sebagai langkah strategik dalam memperkukuh daya tahan tenaga kerja negara menghadapi cabaran ekonomi masa depan.

Pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, pendekatan kerajaan itu menunjukkan peralihan dasar buruh daripada sekadar penciptaan pekerjaan kepada usaha membina tenaga kerja yang lebih berdaya tahan dalam mendepani cabaran seperti automasi, perubahan geopolitik dan tekanan kos sara hidup.

“PACE ini bukan sekadar pakej rangsangan, tetapi pelaburan jangka panjang dalam modal insan dan kestabilan pasaran buruh negara,” katanya ketika dihubungi oleh The Malaysia Press (TMP).

Menurut beliau, peruntukan besar melalui Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dilihat mampu memperkukuh jaringan keselamatan sosial pekerja, khususnya mereka yang terkesan akibat perubahan struktur industri dan penggunaan teknologi baharu.

“Dalam jangka sederhana, ia membantu mengurangkan risiko kehilangan pendapatan secara mendadak serta memberi ruang kepada pekerja untuk menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran,” katanya.

Barjoyai berkata, tumpuan RM100 juta melalui HRD Corp MADANI pula menunjukkan anjakan penting ke arah latihan bersasar yang lebih menepati keperluan industri, sekali gus mengurangkan isu ketidaksepadanan kemahiran dalam pasaran kerja.

“Ini akan meningkatkan kebolehgajian pekerja, mengurangkan skills mismatch dan menyokong peralihan kepada pekerjaan bernilai tambah tinggi,” jelasnya.

Tambahnya, pengiktirafan terhadap pekerja gig melalui peruntukan khusus serta usaha menggubal Akta Pekerja Gig merupakan langkah progresif dalam menstrukturkan semula pasaran buruh negara.

“Ini menunjukkan ekonomi gig kini diiktiraf sebagai sebahagian daripada struktur rasmi pasaran kerja, bukan lagi fenomena sementara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata PACE turut memberi impak positif kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui sokongan latihan industri dan pembangunan bakat, sekali gus membantu meningkatkan produktiviti tanpa tekanan kos yang berlebihan.

Mengulas impak jangka panjang, Barjoyai berkata, pelaburan dalam latihan dan perlindungan sosial berupaya mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kecemasan serta menstabilkan permintaan domestik ketika krisis.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kejayaan pelaksanaan PACE bergantung kepada tahap penerimaan sektor swasta, khususnya PMKS, serta penyelarasan antara agensi pelaksana.

“Cabaran utama bukan pada dana, tetapi pada penjajaran kepentingan antara kerajaan, majikan dan pekerja. Jika sektor swasta melihat PACE sebagai alat meningkatkan produktiviti, ia akan berjaya,” katanya.

Katanya, tanpa pelaksanaan yang cekap dan penyelarasan berkesan, PACE berisiko hanya menjadi skim yang baik di atas kertas tetapi kurang memberi impak di peringkat pelaksanaan.

Pada Jumaat, bersempena dengan sambutan Hari Pekerja 2026, Anwar mengumumkan PACE bernilai lebih RM710 juta sebagai langkah memperkukuh pembangunan modal insan serta kestabilan pasaran buruh negara.

Beliau berkata, PACE merupakan sebahagian daripada strategi daya tahan ekonomi negara pada masa akan datang.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga minyak dunia diramal terus meningkat

SINGAPURA – Harga minyak meningkat apabila rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran berhubung perjanjian damai serta pembukaan semula Selat Hormuz menemui jalan buntu, manakala saham Asia bergerak tidak menentu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam