Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya menumpaskan aktiviti pemindahan minyak sawit mentah secara tidak sah dengan nilai rampasan dianggarkan RM2.08 juta di perairan di sini, awal pagi Ahad.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, sebuah tongkang dan sebuah bot kargo kecil yang disyaki terlibat dalam aktiviti trersebut melibatkan muatan kira-kira 10 tan minyak sawit mentah.

“Hasil maklumat awam, pasukan operasi telah mengesan sebuah barge dalam keadaan mencurigakan di kedudukan kira-kira 0.10 batu nautika selatan Bandar Leila.

“Pemeriksaan lanjut mendapati aktiviti pemindahan minyak sawit mentah sedang dilakukan ke sebuah bot kargo kecil menggunakan pam kargo,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Menurut Muhamad Suhairy, semasa bot peronda menghampiri lokasi kejadian, beberapa individu cuba melarikan diri namun berjaya dihalang oleh anggota penguat kuasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati kira-kira tujuh tan minyak sawit mentah telah dipindahkan ke dalam tangki bot kargo kecil, manakala baki dianggarkan tiga tan masih berada di dalam tongkang.

“Seramai empat lelaki tempatan bersama seorang warganegara Filipina berumur antara 29 hingga 48 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Mereka terdiri daripada kru barge dan awak-awak bot kargo kecil,” jelasnya.

Tambahnya lagi, kedua-dua vesel bersama muatan dianggarkan bernilai RM2.08 juta telah diiring masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat Maritim Malaysia dengan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Maritim Malaysia menegaskan akan terus memperketatkan rondaan dan penguatkuasaan bagi membanteras sebarang pelanggaran undang-undang di perairan negara.

Sehubungan itu, orang awam juga diminta menyalurkan maklumat ke Pusat Operasi Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau talian kecemasan 999 bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Related Posts

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

TAWAU – Cubaan licik seorang lelaki tempatan menyimpan dan membawa diesel bersubsidi sebanyak 300 liter terbongkar selepas dikesan pihak polis dalam serbuan sebuah stesen minyak di Batu 3, Jalan Apas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

KOTA KINABALU – Sambutan Kaamatan amat penting dalam memelihara, memperkukuh dan memartabatkan warisan budaya masyarakat yang ada di negeri Sabah, khususnya kepada generasi muda. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

Rafizi dipanggil SPRM bantu siasatan perjanjian RM1.1 Bilion

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

PACE sokong daya tahan buruh, bantu ekonomi negara – Pakar ekonomi

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

TVET MyKomoditi perkasa Bakat Komoditi pacu masa depan negara

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Maritim Sandakan tumpaskan pemindahan minyak sawit mentah tidak sah bernilai RM2.08 juta

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Lelaki ditahan ubah suai tangki fiber, bawa diesel 300 liter

Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya