Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

KUALA LUMPUR – Suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta hilang kawalan dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Ampang, berhampiran Hospital Gleneagles, Ampang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.34 pagi, penunggang motosikal berusia 61 tahun dan isteri berusia 56 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta.

“Siasatan awal mendapati kereta dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dipercayai hilang kawalan, lalu melanggar bahagian belakang motosikal mangsa.

“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua pasangan suami isteri berkenaan cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya, lapor Berita Harian.

Mohd Zamzuri berkata, pemandu dan dua penumpang di dalam kereta juga cedera.

Katanya, pemandu kereta dan penumpang hadapan berusia 23 tahun cedera di kepala dan menerima rawatan di Zon Merah Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Pemandu disyaki mabuk tetapi masih menerima rawatan di HKL. Polis sudah mengambil sampel darah dan air kencing untuk dihantar ke Jabatan Kimia.

“Penumpang belakang iaitu lelaki berusia 24 tahun luka di bibir dan lidah serta dibenarkan pulang.

“Dia juga hadir membuat laporan polis serta dirakam percakapan pada hari kejadian bagi membantu siasatan,” katanya.

Mohd Zamzuri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang ramai atau saksi kejadian boleh tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun HS Lee di talian 03-2071 9999 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Related Posts

Aspek keselamatan pelajar institusi pendidikan MARA ditambah baik

KUALA LUMPUR – Semua institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarah melihat semula aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian jenayah bunuh dalam kalangan pelajarnya berulang. Pengerusi MARA, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebar isu 3R cetus ketegangan keharmonian  masyarakat

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi amaran tegas kepada semua pihak agar tidak menghasilkan atau menyebarkan kandungan berkait isu kaum, agama dan institusi diraja (3R). MCMC berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda