Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

KOTA KINABALU – Air mata, semangat dan perjuangan jadi saksi pengorbanan seorang suami, Jamri Herry, 40, apabila berusaha membawa pulang isterinya ke tanah air akibat jatuh sakit di Vietnam.

Isterinya, Ruhana Joseph, 34, jatuh sakit akibat diserang sawan sebelum bertolak pulang ke tanah air, pada 21 April lepas.

Menurut Jamri, sepanjang isterinya dirawat di Vietnam hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dilaluinya ketika itu selain menghadapi kekangan kewangan.

“Waktu itu ujian kekangan duit saya untuk meneruskan perubatan isteri saya.

“Pada mulanya memang Datuk Seri Hajiji yang hantar duit kepada saya. Selepas itu, Datuk Azrul yang meneruskan pembelanjaan isteri saya termasuk kos perubatan,” katanya kepada media, di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA), pada Jumaat.

Dalam pada itu, Jamri turut berkongsi kisah sepanjang perjalanannya ke Sabah yang penuh mendebarkan.

“Selama enam jam 15 minit tempoh perjalanan yang diambil untuk sampai di Kota Kinabalu.

“Semasa di Vietnam, isteri saya punya oksigen jatuh sehingga 90 namun apabila perjalanan ke Kuala Lumpur, tiba-tiba jadi stabil.

“Alhamdulillah, doktor sangat-sangat membantu ketika berada di Vietnam, Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Terima kasih juga kepada Malaysia Airlines yang banyak membantu penerbangan saya,” kongsinya.

Semasa di Vietnam, Jamri berkata, doktor di sana berpendapat isterinya berkemungkinan tidak begitu lama pada mulanya.

“Kemarin, datang doktor kita. Dia cakap ada berita baik sebab mereka nampak ada pergerakan seperti batuk dan kemungkinan bukan strok di kepala.

“Kalau orang ada strok mati di kepala, dia tidak akan batuk dan bergoyang-goyang tapi dia ada bergoyang juga. Kita nampaklah. Bila saya selawat, bergoyang mata dia sedikit,” kongsinya.

Katanya lagi, Jamri amat bersyukur atas semua bantuan dan doa daripada rakyat Malaysia.

“Alhamdulillah, isteri saya kini stabil disebabkan ada doa yang diangkat seperti doa ibunya, sahabat, rakyat Sabah dan semua rakyat Malaysia yang tidak henti-henti mendoakannya. Terima kasih,” ujarnya.

Selain itu, Jamri dan seluruh ahli keluarga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah yang banyak membantu.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar