Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

SEBERANG PERAI – Empat buah sekolah di Seberang Perai terjejas dalam kejadian ribut dan hujan lebat yang melanda kawasan ini semalam.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Kadir, Sekolah Kebangsaan (SK) Hashim Awang, SMK Gemilang dan SMK Permatang Tok Jaya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, SMK Datuk Haji Abdul Kadir mengalami kerosakan paling serius berbanding sekolah-sekolah lain.

“Kebanyakannya melibatkan kerosakan bumbung. Setakat ini, sekolah ini paling terjejas meliputi kerosakan beberapa kelas. Bagi sekolah lain, kerosakan melibatkan bilik kecil dan boleh dibaiki dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, makmal dan bengkel dijadikan kelas sementara bagi memastikan sesi pembelajaran 230 pelajar dapat diteruskan seperti biasa,” katanya selepas meninjau SMK Datuk Haji Abdul Kadir hari ini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Dalam perkembangan sama, lebih 90 premis termasuk sekolah, Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas dan Hospital Kepala Batas turut mengalami kerosakan susulan kejadian ribut pada pukul 6 petang semalam.

Reezal Merican turut menghulurkan bantuan awal bagi membantu meringankan beban mangsa yang terjejas.

Related Posts

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan