KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

SANDAKAN – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meneruskan komitmen memperkasa sektor perumahan di Sabah melalui pelaksanaan Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN).

Timbalan Menterinya, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, bagi tahun 2025, sebanyak RM4.8 juta telah diperuntukkan, sebelum jumlah itu ditingkatkan kepada RM5.7 juta pada tahun 2026.

Menurutnya, agensi di bawah KPKT seperti Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) turut memainkan peranan proaktif sepanjang siri lawatan kerja berkenaan.

“Penyertaan agensi ini mencerminkan pendekatan holistik kementerian dalam memastikan keperluan perumahan, kebersihan dan kesejahteraan komuniti setempat terus diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa turun padang melawat mangsa kebakaran di PPS Sibuga serta Dewan Rumah Orang Tua Sri Harapan, selain meninjau tapak kebakaran di Kampung (Kg) Karamunting, di sini, pada Jumaat.

Dalam lawatan tersebut, SWCorp turut mengadakan taklimat program ‘Trash to Cash’ yang memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kaedah pengasingan sisa, kitar semula serta peluang menjana pendapatan melalui jualan bahan buangan.

Pada masa sama, seramai 150 kanak-kanak mangsa kebakaran turut disantuni menerusi aktiviti permainan pendidikan bagi meningkatkan kesedaran awal mengenai kepentingan pengurusan sisa secara lestari.

Aiman Athirah berkata, pihak kementerian juga akan mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi memperkukuh kerjasama dalam pelaksanaan pelbagai inisiatif perumahan.

“Fokus utama KPKT adalah untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti di Sabah, khususnya di Sandakan.

“Usaha ini akan terus dipergiat bagi memastikan kemudahan dan fasiliti perumahan awam sentiasa berada pada tahap optimum demi kesejahteraan penduduk,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa susulan penutupan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada 2 Mei 2026, syarikat penginapan Airbnb bersetuju menawarkan penginapan percuma selama 28 hari kepada 50 keluarga yang terjejas sementara menunggu penempatan baharu.

Tambahnya, inisiatif berkenaan membuktikan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kebajikan rakyat di peringkat akar umbi.

Mengulas cabaran operasi kebakaran, Aiman Athirah berkata, isu utama bukan kekurangan aset, sebaliknya akses ke lokasi serta bekalan air yang menyukarkan usaha pemadaman.

Sehubungan itu, KPKT akan mempergiat latihan keselamatan kebakaran di kawasan perumahan berisiko, termasuk menggalakkan penubuhan lebih banyak pasukan bomba sukarela dalam komuniti.

Related Posts

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

LIMBANG – Permainan layang-layang sebagai warisan tradisional masyarakat perlu terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi muda bagi memastikan khazanah budaya berkenaan tidak ditelan zaman. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMKS Zon Timur perlu rebut peluang ekonomi ECRL – Wan Rosdy

KUANTAN – Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Pantai Timur perlu besedia merebut peluang ekonomi yang bakal muncul dengan pengoperasian Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Disember ini. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA