Trithlon: Kemenangan Syed Saddiq ditarik balik

KUALA LUMPUR – Penganjur Kejohanan Triathlon Desaru 113 2024 menarik balik pencapaian yang diperoleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang didakwa beberapa pihak berlaku penipuan.

Menerusi laman sesawang keputusan kejohanan berkenaan, status pencapaian Ahli Parlimen Muar itu telah ditukar kepada DNF (did not finish).

Tangkap layar keputusan Kejohanan Triathlon Desaru 113 2024 yang telah diubah dan Syed Saddiq diberi status DNF.

Terdahulu, kemenangannya dalam acara berkenaan membabitkan tiga disiplin perlumbaan iaitu renang, larian dan berbasikal, diragui orang ramai setelah rekod yang dicatatkan seakan-akan tidak benar.

Menerusi ruangan komen di Instagram Syed Saddiq, seorang pengikut mendakwa beliau tidak menghabiskan disiplin berbasikal dengan lengkap sebelum mula meneruskan bahagian larian.

Dakwa pengguna tersebut, semasa disiplin berenang, Syed Saddiq berada di belakangnya dan tidak pernah mendahului dirinya dalam acara berbasikal, jadi bagaimana dia boleh berada di depan semasa larian.

“Secara jelas, Syed Saddiq tidak habiskan 90 kilometer (km) iaitu tiga kali pusingan dan hanya menyelesaikan dua pusingan sebanyak 60 km.

“Tiga bulan lepas, dalam ‘Ironman Desaru’ dengan basikal yang sama, Syed Saddiq ambil masa 3 jam 31 minit, perlumbaan kali ini hanya ambil masa 2 jam 37 minit, manakala pelumba terlaju daripada Sepanyol ambil masa 2 jam 31 minit. Adakah Syed Saddiq begitu pantas?,” dakwanya.

Bagaimanapun, Syed Saddiq mempertahankan diriya menerusi laman X, menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku.

Katanya, semasa disiplin berbasikal, dia menghabiskan tiga pusingan iaitu sebanyak 90 km dan ia dapat dibuktikan melalui gelang kiraan dikakinya yang dipakai semasa perlumbaan.

“Saya juga menyemak dengan Pasukan Teknikal 1 semasa Perlumbaan untuk memastikan bahawa saya benar menamatkan tiga pusingan berbasikal.

“Apabila saya menyertai triathlon, ia adalah untuk kesihatan mental dan peningkatan diri saya. Ia bukan tentang pingat atau trofi, ” jelasnya dalam hantaran tersebut.

Tambahnya, daripada seorang yang baru dalam komuniti triatlon, kejayaan menamatkan 113 km perlumbaan merupakan satu perjalanan yang mengubah hidupnya.

  • Related Posts

    RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

    CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

    KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

    RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

    4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

    4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

    Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

    Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

    SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

    SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

    Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

    Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

    133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

    133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak