Zahid atur pertemuan dengan ADUN UMNO Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Negeri Sembilan dalam masa terdekat bagi membincangkan perkembangan semasa melibatkan isu politik dan pentadbiran di negeri itu.

Perkara berkenaan dimaklumkan beliau yang juga Presiden UMNO kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet, hari ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat sama menegaskan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan masih berjalan seperti biasa dan berada dalam keadaan stabil.

“Bagi isu politik serta pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan, Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa dan Kerajaan Persekutuan tidak akan mencampuri isu berhubung urusan adat.

“Jemaah Menteri turut dimaklumkan bahawa Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri, termasuk Negeri Sembilan tidak terjejas dan terus berfungsi seperti biasa,” katanya dalam sidang media mingguan, hari ini.

Sebelum ini, semua 14 ADUN UMNO Negeri Sembilan dilaporkan sebulat suara menarik sokongan serta hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga ADUN PKR Sikamat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dilaporkan berkata, tindakan itu dibuat susulan ketidakpuasan terhadap isu berkaitan institusi adat dan perlembagaan negeri yang didakwa memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan negeri serta kestabilan politik di peringkat negeri.

Related Posts

Lenggong capai dua pengiktirafan UNESCO, muncul geopark bertaraf dunia

LENGGONG – Lembah Lenggong mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai Lenggong UNESCO Global Geopark, sekali gus melengkapkan dua pengiktirafan antarabangsa selepas status Tapak Warisan Dunia UNESCO yang diterima pada 2012. Pengumuman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lenggong capai dua pengiktirafan UNESCO, muncul geopark bertaraf dunia

Lenggong capai dua pengiktirafan UNESCO, muncul geopark bertaraf dunia

Hutang negara, meluruskan naratif sesat

Hutang negara, meluruskan naratif sesat

Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000

Seleweng 38,000 liter diesel, lelaki didenda RM100,000

Remaja maut motosikal terjatuh bawah bas persiaran

Remaja maut motosikal terjatuh bawah bas persiaran

Perbelanjaan kementerian disemak, Belanjawan 2026 kekal seperti dirancang

Perbelanjaan kementerian disemak, Belanjawan 2026 kekal seperti dirancang

Zahid atur pertemuan dengan ADUN UMNO Negeri Sembilan

Zahid atur pertemuan dengan ADUN UMNO Negeri Sembilan