Sabah hampir capai liputan internet menyeluruh, jurang digital kian mengecil

KOTA KINABALU – Usaha memperkasa infrastruktur digital di Sabah kini menunjukkan impak ketara apabila liputan internet di kawasan berpenduduk melonjak kepada 98.71 peratus, sekali gus menandakan jurang digital antara bandar dan luar bandar semakin mengecil.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, pencapaian itu adalah hasil pelaksanaan agresif Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan sokongan Kerajaan Persekutuan.

“Peningkatan tersebut jauh mengatasi liputan sebelum ini yang hanya berada pada tahap 73.41 peratus, sekali gus mencerminkan keberkesanan intervensi kerajaan dalam memperluas akses internet berkualiti di negeri ini.

“Kerajaan komited memastikan akses komunikasi yang inklusif dan menyeluruh, khususnya di kawasan yang sebelum ini berdepan kekangan capaian,” katanya ketika menjawab soalan daripada ADUN Sekong, Datuk Alias Sani, dalam Dewan Undangan Negeri, di sini pada Rabu.

Menurutnya, di bawah pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara, sebanyak 663 menara komunikasi baharu telah siap dibina di Sabah, manakala 5,304 stesen pemancar sedia ada dinaik taraf bagi meningkatkan kualiti rangkaian.

“Di peringkat lokaliti, kawasan DUN Sekong turut mencatat kemajuan menyeluruh apabila semua projek sasaran telah disiapkan sepenuhnya, termasuk pembinaan tiga menara baharu, naik taraf 98 stesen pemancar serta penyediaan capaian gentian optik kepada lebih 6,400 premis.

“Lebih signifikan, kerajaan turut memperluas akses digital komuniti melalui penubuhan 131 Pusat Sebaran Maklumat Nasional di Sabah, selaras dengan inisiatif 1 DUN 1 NADI yang memastikan setiap kawasan mempunyai pusat akses internet untuk kegunaan rakyat,” ujarnya.

Selain itu, lebih 335,000 premis kini menikmati capaian gentian optik, di samping 138 lokasi yang disambungkan melalui teknologi satelit.

Dalam masa sama, pelaksanaan projek Point of Presence (PoP) turut mempercepatkan penyebaran jalur lebar dengan tujuh lokasi di Sekong kini beroperasi sepenuhnya, memberi manfaat kepada kawasan sekolah, industri dan penempatan berhampiran.

“Perkembangan ini dilihat sebagai pemangkin penting kepada pembangunan sosioekonomi Sabah, khususnya dalam membuka peluang pendidikan digital, ekonomi dalam talian serta memperkasa komuniti luar bandar.

“Kerajaan juga akan terus memastikan semua infrastruktur yang dibangunkan berfungsi secara optimum agar tiada komuniti yang tercicir daripada menikmati akses internet yang stabil dan berkualiti.

“Ini bukan sekadar projek infrastruktur, tetapi usaha strategik untuk memastikan keterangkuman digital menjadi realiti di Sabah,” jelasnya.

Related Posts

Kerajaan Sabah perkasa IKS dan kemahiran, tangani penghijrahan belia

KOTA KINABALU – Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah (KBSK) terus mempergiat usaha membangunkan luar bandar melalui penerkasaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), peluasan latihan kemahiran dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KUSKOP tawar moratorium, penstrukturan semula bantu usahawan terjejas kebakaran Kg Bahagia

SANDAKAN – Beberapa pelan pemulihan perniagaan termasuk moratorium pembiayaan dan penstrukturan semula kemudahan kewangan ditawarkan kepada usahawan yang terjejas dengan kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia. Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Sabah perkasa IKS dan kemahiran, tangani penghijrahan belia

Kerajaan Sabah perkasa IKS dan kemahiran, tangani penghijrahan belia

MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

KUSKOP tawar moratorium, penstrukturan semula bantu usahawan terjejas kebakaran Kg Bahagia

KUSKOP tawar moratorium, penstrukturan semula bantu usahawan terjejas kebakaran Kg Bahagia

MoF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar bagi Sabah, Sarawak

MoF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar bagi Sabah, Sarawak

PM arah aktiviti kerajaan dilaksanakan pada skala sederhana

PM arah aktiviti kerajaan dilaksanakan pada skala sederhana

Ketua Pemuda AMANAH Perlis keluar parti

Ketua Pemuda AMANAH Perlis keluar parti