Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan penyelarasan sementara kuota bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) pada 200 liter sebulan ketika ini berikutan tekanan bekalan global yang masih berterusan.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, sebarang keputusan berkaitan perkara itu akan terus diteliti dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bersidang setiap minggu mengikut keadaan ekonomi semasa.

Mengulas lanjut, Kamil berkata, kerajaan memberi perhatian menyeluruh terhadap rantaian bekalan termasuk sektor minyak yang ketika ini masih berada pada tahap stabil.

“Kita harus lihat kepada keseluruhan ekosistem, termasuk soal bekalan minyak. Setakat ini keadaan itu masih terkawal dan kerajaan memantau perkembangannya dari semasa ke semasa.

“Kita juga sudah mempelbagaikan sumber minyak kita dan tidak hanya tertumpu kepada minyak daripada negara-negara Asia Barat,” katanya kepada Bernama dalam program Ruang Bicara bertajuk Krisis Bekalan Tenaga terbitan Bernama TV.

Sebelum ini, kerajaan melaksanakan pelarasan sementara kuota BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan bermula 1 April lalu susulan konflik di Asia Barat, manakala harga RON95 bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter.

Dalam masa sama, beliau berkata, kerajaan masih meneruskan usaha menampung subsidi bahan api walaupun Bank Dunia mencadangkan harga RON95 bersubsidi dinaikkan kepada RM2.05 seliter berbanding kadar semasa RM1.99 seliter.

“Meskipun pada peringkat awal ada sedikit tentangan tetapi selepas dilaksanakan (penyelarasan subsidi), ia berjalan dengan sangat baik dan kita dapat menjimatkan sebahagian besar daripada ketirisan yang berlaku sebelum ini.

“Atas sebab itu juga kita mampu bertahan dengan pendekatan kita pada hari ini,” katanya.

Related Posts

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PUTRAJAYA – Kerajaan komited mengurangkan kesan kenaikan kos elektrik terhadap rakyat dan sektor perniagaan meskipun berdepan ketidaktentuan harga bahan api di peringkat global. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang didakwa cuba mengambil alih pentadbiran kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

Kerajaan lindungi majoriti pengguna daripada impak kenaikan kos elektrik

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

PH kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan

RM5 bilion kemudahan untuk PKS terkesan kemelut Asia Barat – BNM

RM5 bilion kemudahan untuk PKS terkesan kemelut Asia Barat – BNM

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

‘Jenayah kopiah putih’: Ancaman berselindung di sebalik imej agama

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Laksana pilihan raya, ‘tebuk atap’ cemar demokrasi politik

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan

Kerajaan kekal kuota BUDI95 200 liter sebulan