
SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam.
Menurut laporan media kerajaan Rusia, Putin berkata, usaha itu termasuk memenuhi kepentingan Iran dan negara lain di rantau berkenaan supaya keamanan dapat dicapai secepat mungkin.
Terdahulu, Araghchi ketika tiba di Rusia menyalahkan Amerika Syarikat atas kegagalan rundingan bagi menamatkan konflik, walaupun gencatan senjata antara pihak terbabit masih berkuat kuasa.
Dalam perkembangan sama, Putin turut memuji ketabahan rakyat Iran dalam mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara itu.
“Rusia, seperti Iran, berhasrat untuk meneruskan hubungan strategik antara kedua-dua negara,” katanya.





