Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

BINTANGOR – Penyelewengan 5,030 liter diesel terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sarikei menyerbu sebuah premis di Sungai Medor, di sini pada Khamis.

Tindakan itu dilakukan menerusi Ops Tiris 4.0 hasil kerjasama dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu yang terlebih dahulu menjalankan operasi sebelum kes dirujuk kepada KPDN untuk tindakan lanjut.

Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, pemeriksaan mendapati bekalan bahan api tersebut disyaki disimpan tanpa sebarang kebenaran yang sah daripada Pengawal Bekalan.

“Selain rampasan diesel, pihak kami turut menyita sebuah lori jenama Toyota, enam unit tong plastik IBC, 17 unit tong jerikin serta peralatan seperti pam elektrik dan hos getah.

“Jumlah anggaran nilai rampasan bagi minyak diesel adalah sebanyak RM10,814.50, manakala nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM16,044.50,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau menjelaskan, kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dalam keadaan menimbulkan syak untuk melakukan kesalahan.

Tegasnya, individu yang melakukan kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun, manakala hukuman bagi syarikat pula boleh mencecah denda sehingga RM2 juta.

Related Posts

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

KUANTAN – Keputusan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menarik balik sijil halal dimiliki dua syarikat berpengalaman luas dan terbabit secara langsung dalam industri penyediaan makanan di negeri ini dilihat sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

GERIK – Seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam satu kes gangguan seksual di sebuah pasar raya di daerah ini, pada Khamis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000