89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 110 101 114 105 109 97 32 107 117 110 106 117 110 103 97 110 32 104 111 114 109 97 116 32 78 97 105 98 32 80 114 101 115 105 100 101 110 32 75 101 115 97 116 117 97 110 32 85 108 97 109 97 32 77 117 115 108 105 109 44 32 83 121 101 105 107 104 32 77 117 104 97 109 109 97 100 32 65 108 45 72 97 115 97 110 32 65 108 45 68 105 100 100 195 188 32
KUALA LUMPUR – Peranan Malaysia sebagai negara yang menyumbang kepada usaha penyatuan dan keamanan di peringkat global terus mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa.
Pengiktirafan itu dizahirkan oleh Timbalan Presiden Kesatuan Ulama’ Muslim Antarabangsa, Sheikh Muhammad Al-Hasan Al-Diddu Al-Shanqiti, ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama delegasinya di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, hari ini.
Menurut Anwar, pertemuan tersebut menyentuh pelbagai isu semasa di peringkat global, termasuk konflik peperangan, penindasan serta pencabulan terhadap hak asasi manusia dan kedaulatan sesebuah negara.
“Banyak perkara yang telah kami bicarakan dalam pertemuan ini antaranya krisis peperangan dan penindasan, pencabulan kepada hak asasi dan kedaulatan bagi setiap negara.
“Syeikh Muhammad Al-Hasan turut berpesan Malaysia kini bukan sahaja menjaga rakyatnya, bahkan telah menjadi negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Pertemuan itu merupakan sebahagian daripada rangka program lawatan Muhammad Al-Hasan ke Malaysia, yang bertujuan memperkukuh hubungan serta memperluas kerjasama selain bertukar pandangan mengenai isu-isu global yang memberi kesan kepada masyarakat antarabangsa.
Dalam konteks itu, Malaysia dilihat terus memainkan peranan penting sebagai negara sederhana yang mengangkat pendekatan dialog, keamanan dan kerjasama rentas negara dalam menangani cabaran dunia semasa.


