Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

SIBU – Usaha memupuk minat membaca dalam kalangan generasi muda perlu dipergiat bagi melahirkan masyarakat yang kreatif, inovatif dan mampu bersaing di peringkat global.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Sayed Azmee Wan Junaidi berkata, amalan membaca tidak seharusnya dilihat sebagai keperluan akademik semata-mata sebaliknya perlu dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.

Menurut beliau, dalam era digital yang sarat dengan lambakan maklumat, kemahiran membaca secara kritikal amat penting bagi membolehkan masyarakat menilai kesahihan serta kualiti sesuatu maklumat.

“Keupayaan memahami dan menapis kandungan bacaan akan membantu melahirkan individu yang lebih berpengetahuan serta berfikiran matang dalam membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 mewakili Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee di Wisma Sanyan pada Khamis.

Beliau menyifatkan program tersebut sebagai platform berkesan dalam menyemai minat membaca melalui pendekatan lebih santai dan inklusif, selain mendedahkan masyarakat kepada pelbagai bahan bacaan yang mampu merangsang pemikiran kreatif.

Tambahnya, usaha memperkukuh budaya membaca memerlukan kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, pendidik dan komuniti selain memperluaskan peranan perpustakaan sebagai pusat pembelajaran yang dinamik dan relevan kepada masyarakat.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan