Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

KUCHING – Sarawak menetapkan pendirian teguh bahawa terdapat empat perkara asas di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dikategorikan sebagai ‘tidak boleh dirunding’ dan tidak akan dikompromi dalam sebarang rundingan dengan Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, empat hak mutlak tersebut merangkumi hak imigresen, hak ke atas hasil bumi dalam sempadan laut Sarawak, hak pelantar benua (continental shelf) mengikut Kanun Tanah Sarawak, serta hak untuk melaksanakan undang-undang negeri secara bebas.

“Ini adalah perkara asas yang tidak boleh kita rundingkan sama sekali. Ia adalah hak kita yang telah termaktub sejak penubuhan Malaysia,” tegas beliau semasa sesi Townhall: MA63 dan Hubungan Persekutuan di Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI yang berlangsung di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Khamis.

Sharifah Hasidah menjelaskan Malaysia lahir hasil daripada MA63, dan tanpa perjanjian tersebut, negara ini tidak akan wujud.

”Oleh itu, status Sarawak adalah sebagai rakan sekutu yang setaraf dengan Malaya dan Sabah, bukannya sekadar salah sebuah negeri di bawah pentadbiran Persekutuan,” ujar beliau.

Menurut beliau, pengiktirafan status ini penting bagi memastikan hak-hak yang dipersetujui oleh pemimpin terdahulu dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) terus dilindungi, termasuk pengurusan sumber asli dan autonomi pentadbiran oleh anak Sarawak sendiri.

Mengulas mengenai proses tuntutan hak yang telah terhakis, Sharifah Hasidah menyatakan Sarawak kini sedang giat mengambil semula hak tersebut secara berperingkat.

Walaupun bertegas, beliau menekankan rundingan dilakukan secara profesional, berstruktur, dan tanpa melibatkan emosi melalui tiga peringkat jawatankuasa yang melibatkan pegawai kerajaan sehingga ke peringkat tertinggi yang dipengerusikan bersama oleh Perdana Menteri dan Premier Sarawak.

“Hubungan kita dengan Kerajaan Persekutuan kekal baik dan profesional. Kita menuntut hak kita melalui saluran diplomasi dan perundangan yang betul,” katanya lagi.

Setakat ini, Sarawak telah menunjukkan kejayaan besar menerusi pelaksanaan Cukai Jualan (SST) ke atas barangan petroleum yang menyumbang lebih RM3 bilion setahun kepada pendapatan negeri, selain pelantikan Petros sebagai pengagih gas tunggal di Sarawak.

Seminar yang dianjurkan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri ini turut dihadiri oleh peserta daripada pelbagai jabatan bagi memahami lebih mendalam mengenai naratif kenegaraan dan kepentingan hubungan Persekutuan-Negeri yang harmoni namun berlandaskan undang-undang yang sah.

Related Posts

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PUTRAJAYA – Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kelantan membuktikan Kerajaan MADANI tidak meminggirkan mana-mana negeri, sebaliknya mengutamakan kepentingan rakyat merentasi perbezaan politik. Timbalan Naib Canselor Akademik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

KUALA LUMPUR – Tiada keperluan bagi mana-mana kuasa luar untuk mengambil alih kawalan Selat Melaka kerana laluan perairan strategik itu kekal aman serta mampu diuruskan sepenuhnya oleh negara serantau. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

PMX buktikan Kelantan tidak dipinggirkan, pembangunan lintas politik jadi keutamaan Kerajaan MADANI

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Selat Melaka kekal aman, tidak perlu campur tangan kuasa luar

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Malaysia dipuji ulama antarabangsa, jadi penggerak penyatuan dan keamanan

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Sarawak berpendirian teguh dalam MA63, tiada kompromi hak Sarawak – Sharifah Hasidah

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa