Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menentukan pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menerajui suruhanjaya itu.

Baginda bertitah, kedudukan berkenaan amat signifikan dalam memastikan SPRM terus berfungsi secara efektif sebagai institusi utama negara dalam usaha memerangi rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa.

“Saya akan menentukan siapa calon terbaik untuk menerajui SPRM selepas ini,” titah baginda kepada Royal Press Office seperti dimuat naik di akaun Facebook rasmi baginda, hari ini.

Pada masa sama, baginda menegaskan isu pelantikan itu tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Ketika ini, jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM disandang oleh Tan Sri Azam Baki, dengan kontraknya dijadual berakhir pada 12 Mei ini.

Azam mula menerajui SPRM pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Koya yang melepaskan jawatan pada 2 Mac tahun sama selepas kira-kira 10 bulan berkhidmat.

Sejak pelantikan itu, beliau diberikan lanjutan kontrak sebanyak tiga kali berturut-turut, masing-masing bagi tempoh setahun, meliputi 12 Mei 2023 hingga 11 Mei 2024, 12 Mei 2024 hingga 12 Mei 2025, serta 13 Mei 2025 hingga 12 Mei 2026.J

awatan berkenaan terus menjadi perhatian umum berikutan peranan kritikal SPRM sebagai agensi penguatkuasaan utama negara dalam membanteras rasuah serta menjejak dan memulihkan aset negara yang diseleweng.

Related Posts

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

KUALA LUMPUR- Pembanterasan rasuah dan salah guna kuasa memerlukan sistem yang telus serta kepimpinan yang tegas, bukan sekadar bergantung kepada penguatkuasaan semata-mata. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ekonomi MADANI: Bukan sembang kosong atas kertas

BERDASARKAN laporan global, ketika ini dunia masih bergelut dengan krisis tenaga global, ketidaktentuan geopolitik dan pertumbuhan ekonomi yang kekal perlahan. Namun Malaysia di bawah pimpinan Anwar Ibrahim memilih pendekatan berbeza.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Sistem telus, kepimpinan tegas diperlukan dalam membanteras rasuah – KSN

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Titah Agong perkasa SPRM sebagai institusi bebas, tolak campur tangan politik

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz