Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini.

Hakim Rofiah Mohamad membuat keputusan tersebut selepas membenarkan semakan hukuman jenayah yang dimohon pihak pembelaan, Datuk Naran Singh terhadap M. Jegathesan, 58, dan Halila Abu Bakar, 37.

Rofiah memutuskan bahawa sabitan bersalah terhadap kedua-dua tertuduh tersebut dikekalkan manakala hukuman penjara 12 bulan yang diputuskan oleh Majistret sebelum ini diganti dengan hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 23 Mac 2026 sehingga hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muna Mohamed Jaafar memaklumkan bahawa pihak pembelaan telah mengemukakan representasi kepada pendakwaan dan setuju sabitan dikekalkan dengan semakan tertumpu kepada hukuman.

Pada 26 Mac lalu, media melaporkan pasangan yang tular itu dihukum penjara selama setahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mereka membuat pengakuan bersalah di Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama telah melakukan perbuatan kelucahan melampau di kawasan tanah perkuburan Cina yang merupakan satu tempat awam di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung, Ayer Itam di sini, 22 Mac lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Related Posts

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

KULAI – Pakatan Harapan (PH) akan memuktamadkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Isnin ini sebelum melancarkan tawaran rasmi kepada rakyat negeri itu dalam masa terdekat. Ketua Setiausaha PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota diesel Sabah perlu dinilai semula selaras keperluan industri pelancongan – Puspabumi

SEMPORNA – Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera Tempatan Semporna (Puspabumi), memohon Kerajaan Persekutuan serta kementerian berkaitan agar memberi perhatian serius terhadap isu kuota diesel di Sabah yang dilihat tidak selari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung

Kerajaan MADANI perkukuh mahkamah syariah tanpa bantahan menteri bukan Islam – PM