MOSAR Bomba pantau Gunung Kinabalu susulan gempa bumi

KOTA KINABALU – Pasukan Mountain Search and Rescue Team (MOSAR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menjalankan pemantauan serta rondaan keselamatan di sekitar kawasan Gunung Kinabalu susulan kejadian gempa bumi yang dilaporkan, pada Selasa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah dalam kenyataan satu memaklumkan, operasi pemantauan itu dijalankan bermula pukul 10.30 pagi bagi memastikan keadaan di lokasi kekal selamat kepada pendaki, pelancong dan malim gunung.

“Antara tindakan dilaksanakan pasukan MOSAR ialah pemeriksaan laluan pendakian utama, pemantauan kawasan berisiko termasuk batu longgar dan runtuhan kecil, serta penilaian tahap keselamatan di kawasan terlibat.

“Selain itu, komunikasi berterusan turut dijalankan bersama agensi berkaitan,” menurut kenyataan itu, pada Selasa. 

MOSAR mendapati setakat ini keadaan di Gunung Kinabalu terkawal, tiada insiden dilaporkan dan aktiviti pemantauan masih diteruskan.

Orang ramai khususnya pendaki dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan pasukan keselamatan, menghentikan pendakian sekiranya berlaku gegaran susulan serta menjauhi kawasan batu longgar atau cerun berisiko.

“Sebarang kejadian atau kecemasan diminta segera dilaporkan kepada pihak berkuasa, ” tambah JBPM Sabah.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar