MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memulakan siasatan terhadap seorang individu yang dipercayai menyebarkan kandungan palsu menerusi platform TikTok melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

Menurut kenyataan MCMC, individu terbabit telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan, manakala sebuah peranti komunikasi turut dirampas kerana disyaki digunakan dalam penyebaran kandungan berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan,” katanya.

MCMC menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan media sosial dan platform digital yang boleh mengelirukan masyarakat melalui penyebaran maklumat tidak benar.

“Tindakan penguatkuasaan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang sedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan komunikasi secara berhemah dan bertanggungjawab.

“Selain tidak menyalahgunakan kemudahan komunikasi bagi memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan ketenteraman awam,” katanya.

Related Posts

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

PUTRAJAYA – Isu kesihatan mental di tempat kerja bukan lagi sekadar isu peribadi, sebaliknya memberi kesan langsung kepada produktiviti serta kesejahteraan organisasi. Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental Kementerian Kesihatan (KKM),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

KUALA LUMPUR- Bekalan peranti perubatan negara kekal kukuh dan berada pada tahap terkawal walaupun berdepan kesan krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen