Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

GAZA dianggarkan memerlukan dana sebanyak AS$71.4 bilion (RM312.5 bilion) bagi tempoh 10 tahun akan datang untuk tujuan pemulihan dan pembangunan semula pascakonflik yang berlarutan selama 24 bulan.

Dapatan itu terkandung dalam penilaian bersama yang dikeluarkan oleh Kesatuan Eropah (EU), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia pada Isnin, lapor Anadolu.

Laporan Penilaian Pantas Kerosakan dan Keperluan (RDNA) Gaza mendedahkan bahawa sebanyak AS$26.3 bilion (RM115.1 bilion) daripada jumlah keseluruhan tersebut diperlukan dalam tempoh 18 bulan pertama.

Peruntukan awal itu bertujuan memulihkan perkhidmatan asas, membina semula infrastruktur kritikal serta menyokong pemulihan ekonomi di wilayah berkenaan.

Laporan tersebut menganggarkan kerosakan infrastruktur fizikal di Gaza mencecah AS$35.2 bilion (RM154.1 bilion), manakala kerugian ekonomi dan sosial pula dinilai sebanyak AS$22.7 bilion (RM99.3 bilion).

Sektor yang dilaporkan menerima impak paling teruk akibat konflik berkenaan ialah perumahan, kesihatan, pendidikan, perdagangan dan pertanian.

Berdasarkan laporan itu, lebih 371,888 unit kediaman telah musnah atau rosak, selain lebih separuh daripada hospital tidak lagi berfungsi dan hampir semua sekolah mengalami kerosakan serius.

Lebih meruncing, ekonomi Gaza dilaporkan menguncup sebanyak 84 peratus, manakala impak terhadap pembangunan manusia disifatkan sebagai malapetaka apabila tahap pembangunan di enklaf tersebut dianggarkan mundur ke belakang sehingga 77 tahun.

Kira-kira 1.9 juta penduduk hilang tempat tinggal dengan kebanyakannya terpaksa berpindah berulang kali, manakala lebih 60 peratus populasi dilaporkan kehilangan kediaman mereka sepenuhnya.

Penilaian tersebut turut menekankan bahawa golongan wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan kumpulan rentan yang lain merupakan pihak yang menanggung beban paling berat akibat krisis ini.

Laporan berkenaan menyediakan asas analitik bagi perancangan pemulihan awal dan pembangunan semula yang selaras dengan Resolusi 2803 Majlis Keselamatan PBB.

Dalam pada itu, EU dan PBB menegaskan bahawa usaha pemulihan mestilah dilaksanakan selari dengan tindakan kemanusiaan bagi menyokong peralihan ke arah pembangunan semula berskala besar yang merangkumi Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Mereka turut menyarankan agar proses pembangunan semula diterajui oleh pihak Palestin sendiri dan diselaraskan dengan proses politik yang lebih luas ke arah penyelesaian dua negara.

Syarat utama bagi menjamin kejayaan usaha itu termasuklah gencatan senjata yang berpanjangan, akses kemanusiaan, pemulihan perkhidmatan asas, kebebasan pergerakan penduduk dan barangan, pengaturan tadbir urus yang jelas serta sokongan kewangan antarabangsa yang mampan.

Related Posts

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

NAIB Presiden Pertama Iran, Mohammad Reza Aref, mengeluarkan amaran keras pada awal pagi Isnin bahawa keselamatan di Selat Hormuz tidak dapat dijamin sekiranya eksport minyak negara itu terus disekat. Menerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen