Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

WOLVES disahkan tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas keputusan seri tanpa jaringan West Ham United menentang Crystal Palace menutup peluang mereka untuk kekal.

Kelab dari Midlands itu ketinggalan 16 mata di belakang West Ham yang berada di tangga ke-17 dengan hanya berbaki lima perlawanan, sekali gus mengesahkan penyingkiran mereka ke Liga Kejuaraan.

Menghuni tangga tercorot, Wolves dibimbing Rob Edwards sejak November lalu mengharungi musim cukup mengecewakan apabila hanya meraih tiga kemenangan daripada 33 perlawanan liga.

Walaupun mencatat kemenangan penting ke atas Aston Villa dan Liverpool baru-baru ini, Wolves sudah lama dilihat akan tersingkir dengan tempoh lapan tahun mereka dalam EPL kini berakhir.

Vitor Pereira yang kini mengendalikan Nottingham Forest memulakan musim bersama Wolves, namun dipecat awal November lalu selepas permulaan hambar.

Bekas pengurus Middlesbrough, Edwards dibawa masuk namun berdepan tugas sukar dan gagal melakukan keajaiban untuk menyelamatkan pasukan.

Burnley yang berada di tangga kedua tercorot juga hampir pasti mengikut jejak Wolves ke divisyen kedua musim depan.

Mereka akan tersingkir jika tewas kepada pencabar kejuaraan Manchester City awal pagi Khamis ini.

Tottenham Hotspur pula hampir keluar dari zon penyingkiran Sabtu lalu, namun dibolosi pada saat akhir sebelum terikat 2-2 menentang Brighton.

Nottingham Forest dan Leeds United turut berada dalam perjuangan mengelak penyingkiran, namun kedua-duanya meraih kemenangan hujung minggu lalu untuk menjauhkan diri dari zon bahaya.

Sementara itu, Coventry City kendalian Frank Lampard yang kini mendahului Liga Kejuaraan mengesahkan kepulangan ke EPL musim depan selepas 25 tahun.

Related Posts

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca
YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC muncul juara edisi sulung Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah selepas menewaskan Majlis Daerah Raub (MDR) 2-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, di sini malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan