UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

KOTA KINABALU – Usaha memartabatkan bahasa, sastera dan budaya, khususnya dalam kalangan generasi muda terus diperkukuhkan menerusi penerbitan buku bergambar kanak-kanak.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Haji Mansor berkata, inisiatif penerbitan buku bergambar kanak-kanak berupaya menyokong perkembangan literasi awal kanak-kanak secara menyeluruh menerusi Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

“Buku bergambar bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran membaca pada peringkat awal, malah berperanan membentuk imaginasi, kreativiti serta perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak.

“Sebagai sebuah universiti yang komited terhadap pembangunan masyarakat, UMS sentiasa menyokong usaha yang memberi impak langsung kepada pendidikan awal kanak-kanak.

“Gabungan kepakaran DBP dalam bidang penerbitan dan UMS dalam penyelidikan serta pendidikan awal kanak-kanak diyakini mampu menghasilkan karya berkualiti tinggi yang sarat dengan nilai murni dan elemen Pendidikan,” ujarnya menerusi kenyataan media pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah DBP Cawangan Sabah, Jennitah Noordin berkata, kerjasama antara DBP dan PML telah bermula sejak tahun 2020 melalui pelaksanaan bengkel perolehan dan pemurnian manuskrip.

“Bengkel tersebut dilaksanakan secara dalam talian dan bersemuka bagi menghasilkan bahan bacaan yang sesuai dijadikan sumber pembelajaran kanak-kanak di peringkat prasekolah dan tadika.

“Kerjasama yang terjalin ini tampaknya membuahkan hasil, sebanyak 17 manuskrip telah diperoleh dan bakal diterbitkan pada tahun ini.

“MoA Penerbitan Buku Bergambar Kanak-kanak antara DBP dan UMS ini merupakan pelengkap kepada kerjasama yang telah terjalin sejak lima tahun lalu,” kongsinya.

Perjanjian tersebut dimeterai menerusi Pusat Minda Lestari (PML) UMS dalam satu majlis yang berlangsung di Sudut Penulis, DBP Cawangan Sabah sebagai sebuah langkah penting dalam dalam memperluas usaha penerbitan bahan bacaan berkualiti yang mampu menyokong perkembangan literasi awal kanak-kanak.

Hadir sama pada majlis ialah Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; Pengarah PML UMS, Dr. Suwaibah Zakaria dan Timbalan Pengarah DBP, Julianah Kuli.

Related Posts

Dewan KRT Kempadang Perdana perlu dinaik taraf segera

KUANTAN – Kerja baik pulih dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kempadang Perdana, dekat sini akan diberi keutamaan dan perkara itu bakal dibawa ke mesyuarat penuh Ahli Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwa IPTA ‘jual tempat’, ADUN Jitra berdepan pertuduhan di mahkamah

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr. Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menimbulkan kebimbangan orang awam berhubung kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dewan KRT Kempadang Perdana perlu dinaik taraf segera

Dewan KRT Kempadang Perdana perlu dinaik taraf segera

Dakwa IPTA ‘jual tempat’, ADUN Jitra berdepan pertuduhan di mahkamah

Dakwa IPTA ‘jual tempat’, ADUN Jitra berdepan pertuduhan di mahkamah

Dakwaan Puad Zarkashi buka pekung krisis dalaman UMNO Johor

Dakwaan Puad Zarkashi buka pekung krisis dalaman UMNO Johor

Anak Sabah digalak ceburi industri pelaut, sokong lonjakan ekonomi biru

Anak Sabah digalak ceburi industri pelaut, sokong lonjakan ekonomi biru

Pasaran buruh kekal stabil, pengangguran bawah 4 peratus – Akmal Nasrullah

Pasaran buruh kekal stabil, pengangguran bawah 4 peratus – Akmal Nasrullah

Kerosakan serius, Jalan Lapangan Terbang Miri perlukan peruntukan khas

Kerosakan serius, Jalan Lapangan Terbang Miri perlukan peruntukan khas