KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

PUTRAJAYA – “I’m home” (Saya sudah pulang). – Demikian hantaran ringkas Khairy Jamaluddin di akaun Instagram malam tadi.

Hantaran itu dipercayai merujuk keputusan dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menerima semula Khairy untuk kembali kepada parti itu di bawah inisiatif Rumah Bangsa.

Selain Khairy – yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO – nama lain disebut termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Syed Hamid Albar yang menjadi sebahagian daripada 6,252 bekas pimpinan dan ahli di pelbagai peringkat yang diterima semula.

“Alhamdulillah, terima kasih Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan MT (Majlis Tertinggi),” kata Khairy melalui satu lagi muat naik di Instagram.

Sebelum ini, Khairy memaklumkan beliau secara rasmi memohon pemecatan keahliannya daripada parti itu dibatalkan, dengan nombor keahlian asal diaktifkan semula.

Beliau menyerahkan surat rayuan berkenaan atas semangat Rumah Bangsa kepada Ahmad Zahid dalam satu pertemuan bulan lalu.

Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan dilaporkan berkata, beliau bersyukur diberikan kesempatan untuk kembali meneruskan khidmat bakti dalam perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Related Posts

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

KOTA ISKANDAR – Proses menuju Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 kini memasuki fasa seterusnya apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan surat pemasyhuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

Rakyat Sabah beruntung, RM150 juta ke RM1.5 bilion

Rakyat Sabah beruntung, RM150 juta ke RM1.5 bilion

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

2 maut dalam kemalangan di Kampung Batu Tujuh

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM