Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir.

Mendahului 3-1 menerusi aksi pertama, skuad kendalian Unai Emery mudah menyingkirkan Bologna dengan kemenangan 4-0 di Villa Park.

Forest yang berada 12 anak tangga di bawah Villa yang menghuni tangga keempat Liga Perdana Inggeris, menewaskan Porto yang beraksi dengan 10 pemain, 1-0 di Nottingham untuk meraih kemenangan agregat 2-1.

Villa mara ke separuh akhir Eropah kedua di bawah Emery selepas turut layak ke kelompok empat terbaik Liga Konferens UEFA pada 2024.

Emery sudah menjulang trofi itu sebanyak empat kali – tiga bersama Sevilla dan sekali bersama Villarreal – selain pernah muncul naib juara ketika membimbing Arsenal.

Ollie Watkins yang meledak dua gol pada aksi pertama di Itali sekali lagi menghantui Bologna apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-16.

Gol itu cukup menarik apabila gerakan 14 hantaran Villa diakhiri dengan Morgan Rogers menyediakan lorongan mudah untuk Watkins menyudahkannya dari jarak dekat.

Jaringan ke-100 Watkins bersama Villa menjadikannya penjaring terbanyak kelab itu dalam saingan Eropah dengan 10 gol, mengatasi Peter Withe dan John McGinn.

Villa terlepas peluang menambah gol pada minit ke-25 apabila sepakan penalti Rogers diselamatkan Federico Ravaglia selepas Martin Vitik memegang bola dalam kotak penalti.

Namun Bologna hanya mampu bertahan seketika sebelum Emiliano Buendia meledak rembatan kencang seminit kemudian untuk menambah kelebihan Villa.

Rogers menebus kesilapan penalti itu apabila menjaringkan gol pertamanya dalam 12 perlawanan pada minit ke-39 menerusi rembatan yang menewaskan Ravaglia.

Ezri Konsa melengkapkan aksi dominan Villa dengan gol voli pada minit ke-89.

Related Posts

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca
YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC muncul juara edisi sulung Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah selepas menewaskan Majlis Daerah Raub (MDR) 2-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, di sini malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan