Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

PUTRAJAYA – Semua kementerian diarahkan meneliti semula status tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dikenal pasti sudah lama tidak dibangunkan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, kewujudan tanah terbiar membuka ruang kepada pelbagai aktiviti tidak sah dan melanggar peraturan.

“Ia termasuklah pembinaan penempatan setinggan, rumah ibadat tanpa kebenaran serta kegiatan komersial yang melanggar peraturan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Susulan itu, Shamsul Azri berkata, platform seperti Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pembangunan dan Kegunaan Tanah Persekutuan akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi berbincang dengan semua kementerian dalam mencari penyelesaian yang adil, praktikal dan memberi manfaat kepada semua pihak.

Sebelum ini, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memandang serius isu pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan sah, sama ada di atas tanah kerajaan atau tanah persendirian.

Baginda bertitah, setiap pelaksanaan dalam apa jua perkara hendaklah berlandaskan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Titah baginda, sebarang tindakan mengetepikan saluran serta kelulusan yang sah adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromi.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Anwar puji tindakan AKPS sita kontena disyaki bawa dagangan ke Israel

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Siasatan RCI TH tanpa kompromi, yang bersalah akan dikenakan tindakan – PM

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Cuti sementara Nurul Izzah tidak jejas PKR – Fahmi

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Negara Arab banyak hancur kerana ekstremis, Malaysia jangan ulang kesilapan sama – Syeikh Wazir

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Sebelum sepenggal, PMX berjaya letak Malaysia jadi 30 ekonomi terbesar dunia

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik

Dua penjenayah mati ditembak, polis selamatkan mangsa culik