Jazlan andaikan PRK Mahkota jadi titik akhir Bersatu

JOHOR BAHRU – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Mahkota didakwa mungkin menjadi medan terakhir Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam arena politik tanah air.

Ketua Umno Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, tidak mustahil Bersatu juga bakal mengalami nasib sama seperti parti Semangat 46.

Ini kerana katanya, Bersatu berkemungkinan akan kalah dalam PRK Dun Mahkota selepas beberapa kali tewas dalam beberapa PRK sebelum ini termasuk di Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram.

“Bersatu mungkin akan bertemu titik akhirnya. Bagi saya, apa yang bakal berlaku di PRK Dun Mahkota nanti bukan mungkin sekadar kekalahan, tetapi lebih kepada cerita kejatuhan sebuah parti yang asalnya dibina dengan penuh cita-cita dongeng, tetapi berakhir dengan keadaan memalukan.

“Itulah kesudahan parti yang majoriti pemimpinnya mementingkan diri sendiri, mengejar jawatan dan kekayaan tetapi tidak berkorban harta dan jiwa untuk ahlinya. Bagaimana hendak meyakinkan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

PRK Dun Mahkota menyaksikan Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Syed Hussien Syed Abdullah, 40, manakala Perikatan Nasional (PN) meletakkan bekas pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar, 61, sebagai calon.

PRK Dun Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Related Posts

Wahai Akmal, gaji minimum naik, B40 terbela – Wanita PKR

KENAIKAN gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berpotensi membantu meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40), khususnya pekerja yang menerima gaji minimum, kata Naib Ketua Wanita PKR, Loh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas tak perlu sapu semua kerusi di SG4, beri ruang kepada UMNO

KUALA LUMPUR – Pas wajar menyerahkan satu pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di empat negeri yang ditadbirnya kepada UMNO sekiranya kedua-dua parti itu serius mahu meneruskan kerjasama politik pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

‘Runner’ tidak berdaftar dilarang berurusan di JPJ mulai Januari 2027

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Ambil langkah berjaga-jaga susulan jerebu

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Tuanku Muhriz fokus urusan negeri, tidak hadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Sekolah bawah PPD Rompin, Kuantan ditutup esok

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Belanjawan 2027 cerminkan keperluan, kesejahteraan rakyat – Pakar

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala

Sultan Ibrahim, Raja Abdullah II perkukuh hubungan dua hala