Pelaksanaan BDR tunjuk kesan positif hari pertama

PUTRAJAYA – Pelaksanaan hari pertama dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dalam kalangan penjawat awam, pada Rabu mempamerkan kesan positif apabila aliran trafik di pusat pentadbiran kerajaan itu dilihat lebih terkawal berbanding kebiasaan.

Tinjauan The Malaysia Press pada waktu puncak pagi mendapati pergerakan kenderaan masih berlaku seperti hari bekerja biasa, namun intensitinya berkurang, sekali gus menjadikan laluan utama lebih lancar dan tidak sesak seperti sebelum ini.

Beberapa jalan utama yang kebiasaannya mengalami kesesakan turut menunjukkan perubahan ketara apabila perjalanan kenderaan lebih teratur dan masa perjalanan menjadi lebih singkat.

Suasana ini mencerminkan impak langsung daripada pengurangan kehadiran fizikal penjawat awam ke pejabat susulan pelaksanaan dasar tersebut.

Selain itu, pemerhatian di kawasan parkir sekitar kompleks kerajaan mendapati terdapat perubahan ketara apabila sebahagian lokasi hanya dipenuhi kira-kira separuh kapasiti.

Bagaimanapun, terdapat juga kawasan parkir yang masih penuh seperti kebiasaan, menunjukkan sebahagian penjawat awam masih perlu hadir ke pejabat atas keperluan tugas.

Situasi itu secara keseluruhan memberi gambaran bahawa pelaksanaan BDR dilaksanakan secara berperingkat dan mengikut kesesuaian fungsi setiap jabatan.

Terdahulu, lebih 200,000 penjawat awam dilaporkan terlibat dalam pelaksanaan dasar BDR yang mula berkuat kuasa, pada Rabu.

Dasar tersebut melibatkan kementerian, agensi, badan berkanun serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai sebahagian daripada usaha penyesuaian operasi sektor awam.

Pelaksanaan dasar BDR bagi sektor perkhidmatan awam bermula hari ini sebagai langkah strategik kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.

Pelaksanaan itu membolehkan penjawat awam bekerja dari rumah selama tiga hari seminggu, khusus bagi mereka yang bertugas di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor serta ibu negeri dan tinggal melebihi lapan kilometer dari pejabat, kecuali bagi sektor kritikal seperti keselamatan, pertahanan, kesihatan dan pendidikan.

Related Posts

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

KUALA LUMPUR – Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 berakhir hari ini selepas 16 hari bersidang dengan tumpuan kini beralih kepada pelaksanaan 13 Rang Undang-Undang (RUU) yang telah diluluskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya