PPU Gudon siap, tampung pembangunan pesat Sepanggar

KOTA KINABALU – Projek Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Kampung Gudon yang siap dijangka mampu meningkatkan keterjaminan bekalan elektrik kawasan Sepanggar kata Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Ts. Mustapha Sakmud.

Katanya, PPU ini merupakan hasil kerjasama antara Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), sekali gus mampu menampung keperluan pembangunan pesat di Gudon.

“PPU Kampung Gudon ini baru juga siap pada bulan lepas. Ini adalah hasil kerjasama di antara PETRA dan juga SESB. Manfaatnya dengan adanya PPU ini, dia akan dapat meliputi khidmat di kawasan Gudon ini.

“Seperti yang kita tahu, di kawasan ini ada beberapa bangunan yang sedang dibuat, terutama bangunan SPRM dan juga banyak taman-taman baru di kawasan ini,” ujarnya semasa sidang media selepas membuat Lawatan di Pencawang PPU Gudon di sini, pada Isnin.

Jelasnya, kewujudan PPU berkenaan turut membantu mengurangkan beban bekalan daripada PPU Alam Mesra yang sebelum ini menampung kawasan sekitar Gudon.

“Dengan kewujudan PPU Gudon ini, ini akan memastikan bahawa keterjaminan bekalan elektrik kita di kawasan ini terjamin dan pada masa yang sama juga sebelum ini kawasan di sekitar Gudon ini adalah daripada Alam Mesra.

“Jadi, beban yang ada di Alam Mesra itu kita telah dapat kurangkan dengan kita buat PPU ini maknanya PPU ini akan jaga kawasan sekitar Gudon ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, langkah itu penting bagi menyelaras keperluan bekalan elektrik dengan pembangunan baharu termasuk kawasan perumahan dan premis komersial.

“Alam Mesra kita kurangkan bebannya untuk kita memastikan bahawa pembangunan baru, taman-taman baru yang berada di sekitar Alam Mesra itu dan juga bangunan kedai kita akan dapat selaraskan dan akan dapat berkhidmat.

“Jadi tahniah kepada PETRA, terutama SESB yang memastikan antara isu yang mendesak di Sabah ini tentang isu bekalan elektrik ini.

“Namun begitu isu asas masih menjadi keutamaan rakyat Sabah. Orang Sabah kata karan, tiga utamanya karan, air dan jalan,” jelasnya.

Mustapha turut menzahirkan ucapkan terima kasih kepada usaha ini dan mengharap perancangan seperti ini juga akan dibuat di kawasan-kawasan lain terutama di Parlimen Sepanggar.

“Kita tahu ini adalah kawasan yang pesat membangun dan kita tidak mahu bekalan elektrik ini tidak dapat memenuhi keperluan-keperluan terutama pengguna rakyat kita.

“Kedua dengan pembangunan dari segi infrastruktur yang lain, kedai industri dan juga yang lain,” katanya.

Related Posts

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

TAWAU – Kerajaan Sabah merancang menghidupkan semula laluan penerbangan Tawau–Tarakan, Indonesia yang terhenti sejak pandemik COVID-19, sebagai langkah strategik merancakkan semula sektor pelancongan serta merangsang pertumbuhan ekonomi rantara kedua-dua wilayah.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

PENAMPANG – Kerajaan Sabah akan terus menuntut hak pemberian 40 peratus hasil Persekutuan di Sabah seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melalui rundingan kerajaan dengan kerajaan (G to G)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

RCI Tabung Haji: Dewan Rakyat bahas laporan esok

Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

  • By Fatin
  • August 10, 2026
Hidupkan semula penerbangan Tawau-Tarakan, pacu pelancongan dan ekonomi

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

Sabah akan terus tuntut hak 40 peratus hasil Persekutuan – Hajiji

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

UMNO Perlis belum tutup pintu kerjasama PRU16

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara

KSN doakan PM Anwar terus sihat, bijaksana pimpin negara