Pas sahkan Hamzah letak jawatan Ketua Pembangkang

MUAR – Pas mengesahkan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin telah menghantar surat rasmi untuk meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang kepada kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN), pada Sabtu.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr  Mahfodz Mohamed berkata, jawatan berkenaan akan dikosongkan terlebih dahulu buat waktu ini sementara menunggu sidang Parlimen akan datang.

“Semalam, Datuk Seri Hamzah Zainudin sudah hantar surat letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang, perkara itu ada dibincangkan pada Sabtu.

“Kemudian keputusan turut dibuat bahawa jawatan berkenaan dikosongkan sehingga sidang parlimen akan datang kerana jawatan tersebut akan ditentukan Ahli Parlimen, bukan parti Pas atau Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung kemelut lantikan jawatan Ketua Pembangkang baharu selepas Hamzah mengumumkan keluar Bersatu, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mahfodz berkata, pihaknya berharap jawatan tersebut akan disandang ahli Parlimen Pas susulan jumlah majoriti ahli Parlimen pembangkang ketika ini adalah daripada parti berkenaan.

“Sebelum ini jawatan itu sudah dipegang Ahli Parlimen Bersatu, jadi sekarang kita rasa dah sampai masa untuk Pas jadi ketua pembangkang.

“Jumlah ahli Parlimen pembangkang paling ramai daripada Pas, maka itu yang munasabah,” katanya.

Mengulas kriteria ketua pembangkang, beliau berkata, jawatan itu perlulah disandang oleh individu yang mempunyai beberapa kriteria penting termasuk pasukan penyelidik yang bagus.

“Ketua pembangkang perlulah seseorang individu yang mempunyai pasukan penyelidik yang bagus bagi menentukan apakah dasar kerajaan yang wajar disokong dan yang wajar dibangkang, bukan bangkang semuanya.

“Sebagai contoh, kenaikan harga diesel, kita boleh terima tetapi mengapa ada perbezaan harga yang terlalu tinggi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Satu negara tetapi berbeza, jika perbezaan hanya sekitar RM1 atau RM2 mungkin boleh diterima,” katanya.

Related Posts

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

KUCHING – Khabar angin yang tular di media sosial mendakwa Gabungan Parti Sarawak (GPS) sedang mempertimbangkan untuk bertanding di Sabah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang ditegaskan sebagai berita…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju menurunkan kuasa kepada Jawatankuasa Rumah Bangsa bagi mempercepat dan mempermudahkan urusan terutama berkaitan perlembagaan parti termasuk keahlian. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

  • By Ynom
  • April 18, 2026
Karnival Jom Masuk Universiti buka ruang pelajar pilih bidang berpotensi tinggi

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat