Penguat kuasa perlu diperkasa, kamera badan antara keutamaan – Fairuz

SANDAKAN – Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah memberi penekanan terhadap usaha memperkasa anggota penguat kuasa termasuk cadangan melengkapkan mereka dengan peralatan keselamatan seperti kamera badan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Fairuz Renddan berkata, beliau turun padang ke Sandakan bagi bertemu sendiri anggota penguat kuasa untuk membincangkan pelbagai isu termasuk aspek pemerkasaan tugas dan keselamatan.

“Perbincangan turut melibatkan usaha memperkukuh kerjasama dengan kementerian bagi memastikan anggota penguat kuasa dibekalkan dengan peralatan yang bersesuaian.

“Antara keutamaan adalah penggunaan kamera badan bagi meningkatkan keselamatan serta pemantauan ketika operasi dijalankan,” ujarnya ketika ditemui media selepas mengadakan Lawatan Ke Pasar Umum Pusat Bandar Sandakan, di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Fairuz berkata, KKTP Sabah memandang serius insiden yang berlaku pada bulan Ramadan lalu membabitkan anggota penguat kuasa yang diserang oleh individu tidak berdokumen.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan dan suspek terlibat juga dilaporkan telah ditahan.

“Kerjasama antara agensi penguatkuasaan amat penting termasuk dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), PDRM dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi memastikan setiap operasi berjalan lancar,” kongsinya.

Mengulas mengenai isu keselamatan di kawasan perniagaan, Fairuz memaklumkan cadangan mengaktifkan semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi ‘hotspot’ seperti yang telah dilaksanakan di Tawau.

“Langkah ini bukan sahaja dapat mencegah kecurian tetapi juga membantu memantau dan mengenal pasti pelaku jenayah.

“Saya ingin menggalakkan pelaksanaan operasi bersepadu secara lebih kerap bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan di kawasan terlibat,” serunya.

Tambahnya, anggota penguat kuasa perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), dengan memakai uniform ketika menjalankan operasi bagi memudahkan pengenalan serta menunjukkan ketegasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bagaimanapun, dalam situasi tertentu seperti penyamaran, penggunaan pakaian biasa boleh dipertimbangkan,” katanya.

Terdahulu, beliau turut mengadakan lawatan ke kawasan pasar dan memaklumkan setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima daripada peniaga.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Walter Kenson atas kerjasama yang diberikan.

“Peniaga digalakkan menyalurkan sebarang aduan kepada PBT atau terus kepada saya supaya setiap isu dapat ditangani dengan lebih berkesan,” katanya.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak