
DUNIA diunjur akan mengalami tempoh di mana ekonomi akan bergerak perlahan.
Ini bukan sentimen. Ini bukan propaganda.
Ini hasil dapatan data dan laporan antarabangsa.
Mari kita lihat satu persatu.
Pertama, Bank Dunia telah memotong unjuran pertumbuhan Asia Tenggara kepada 4.2 peratus daripada 5 peratus. Ini menunjukkan rantau ASEAN sendiri sedang berdepan tekanan ekonomi bersifat global.
Vietnam dan Thailand dijangka menjadi negara yang paling terkesan ekoran kelembapan ekonomi ini. Kedua-dua negara tersebut sering menjadi pesaing utama dalam perbandingan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Ekonomi Thailand dijangka hanya berkembang sekitar 1 peratus hingga 2 peratus, manakala Filipina diunjurkan bertumbuh hanya sekitar 3.5 peratus.
lni bermaksud hampir seluruh ASEAN sedang menghadapi tekanan ekonomi.
Kedua, ekonomi Eropah dan Asia Barat turut diunjurkan perlahan lebih-lebih lagi Asia Barat tempat krisis bersenjata berlaku.
Ketiga, negara-negara Amerika Latin juga tidak terkecuali. Ekonomi mereka juga diunjurkan akan perlahan.
Secara keseluruhan, ini memperlihatkan sebuah gambaran jelas, ekonomi dunia dijangka perlahan.
NAMUN, berbeza bagi Malaysia, penarafan global termasuk oleh Bank Negara Malaysia dan Bank Dunia menaikkan unjuran pertumbuhan Malaysia kepada 4.4 peratus daripada 4.1 peratus.
Apakah ini sekadar angka? TIDAK. Angka-angka ini akan mempengaruhi periuk nasi kita hingga ke saiz hidangan di meja makan keluarga kita.
Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI.
Pelabur-pelabur global melihat Malaysia sebagai sebuah negara dengan ekonomi yang lebih stabil dalam keadaan dunia yang tidak menentu.
Ini semua tidak akan berlaku, jika bukan kerana keberanian Anwar dalam melakukan tindakan tidak popular seperti:
- Reformasi fiskal
- Disiplin kewangan negara yang ketat
- Pelaburan berkualiti tinggi
- Pengukuhan keyakinan pelabur
- Kestabilan politik
Ditegaskan, ini bukan kebetulan. Ini semua adalah hasil perancangan yang bersifat strategik dan dasar ekonomi yang lebih tersusun.
Namun, Anwar dalam ucapannya menyebut, semua ini bukan kerana dirinya semata-mata, atau kerana jemaah menteri beliau. Semua ini berlaku kerana kekuatan keseluruhan rakyat dan anggota pentadbiran awam yang sama-sama berganding bahu demi negara ini.
Negara ini tidak pernah kebal daripada sebarang cabaran global. Tetapi Malaysia kini lebih bersedia menghadapinya.
Kesemua ini adalah fakta.
*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)


