70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu.

Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang memaklumkan tindakan melibatkan produk keluaran Heng Loong Coffee Sdn. Bhd. dan Tian Hup Seng Biscuit Factory Sdn. Bhd.

Menurutnya menerusi kenyataan yang dikongsi di Facebook rasmi JAIM, baki penarikan semula produk (product recall) berkenaan di seluruh negara dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

“Sehingga 8 April lalu, pemantauan telah dilaksanakan di 33 pasar raya di Melaka dan hasil pemeriksaan mengesahkan tiada lagi produk terlibat ditemui di premis-premis berkenaan.

“Pemantauan akan terus dilaksanakan secara berkala dari semasa ke semasa bagi memastikan arahan penarikan balik ini dipatuhi sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Terdahulu, JAIM menegaskan tindakan penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dilaksanakan bagi memastikan syarikat terlibat mengambil langkah sewajarnya selain melindungi kepentingan pengguna Islam.

“Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya segera menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa agama negeri berhampiran sekiranya masih menemui produk berkenaan di pasaran, khususnya di luar Melaka.

“Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Bahagian Pengurusan Halal JAIM di talian 06-333 3333 sambungan 4055, 4056 atau 4060,” katanya.

Pada 1 April lalu, media tempatan melaporkan terdapat dua syarikat iaitu premis memproses kopi dan biskut di Melaka ditarik sijil halal selepas dipercayai menggunakan berus diperbuat daripada bulu babi dalam operasi pembersihan peralatan.

Keputusan itu dibuat selepas analisis oleh makmal halal di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC) pada Mac lalu mengesahkan berus berkenaan mempunyai ciri fizikal bulu babi, sekali gus melanggar piawaian SPHM.

Kejadian terbongkar selepas pemeriksaan halal dilakukan Bahagian Pengurusan Halal JAIM Januari lalu mendapati pekerjanya menggunakan berus diperbuat daripada bulu haiwan untuk membersihkan peralatan kilang.

Susulan itu, JAKIM menarik balik SPHM dua syarikat berkenaan dan mengarahkannya menghentikan penggunaan logo halal itu selain diarah menarik balik semua produk yang terkesan dari pasaran.

Related Posts

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

KUALA LUMPUR – Urusan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 boleh dilakukan secara dalam talian. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan