Pemandu pacuan empat roda maut rempuh lori turap jalan

MIRI – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Jambatan Lutong pada awal pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Felix Enteri Lajan @ Telajan, 38, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 12.08 tengah malam.

Menurutnya, susulan laporan tersebut, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong segera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu selepas kenderaan yang dipandunya merempuh belakang lori berkenaan.

“Anggota bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dengan memotong bahagian pintu kenderaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata mangsa bagaimanapun telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejurus selepas berjaya dikeluarkan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan susulan.

Difahamkan, siasatan awal mendapati lori terbabit sedang menjalankan kerja penurapan jalan ketika kejadian malang itu berlaku.

Related Posts

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

BAGAN DATUK – Industri kelapa terus memainkan peranan penting sebagai pemacu ekonomi daerah Bagan Datuk apabila menyumbang kira-kira 25 peratus kepada keseluruhan pengeluaran tanaman negeri Perak. Perkara itu diketengahkan sempena…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Kelapa pemacu ekonomi Bagan Datuk, sumbang 25 peratus pengeluaran tanaman Perak

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

Pelajar IPTS didakwa edar 14.63kg bunga ganja

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

Kemalangan 10 kenderaan, polis siasat dakwaan pemandu diserang sawan

Kemalangan 10 kenderaan, polis siasat dakwaan pemandu diserang sawan