Sarawak sokong penuh MPI berstatus universiti

SIBU – Usaha memperkasa pendidikan tertiari di Sarawak terus diperkukuh apabila Methodist Pilley Institute (MPI) digesa untuk menaik taraf statusnya kepada sebuah universiti penuh.

Transformasi berkenaan dijangka dapat memperluas akses pendidikan berkualiti, sekali gus memperkukuh kapasiti modal insan di negeri itu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, langkah tersebut bukan sekadar perubahan status institusi, sebaliknya satu pendekatan strategik dalam membangunkan sektor pendidikan tinggi yang lebih mampan.

“Institusi ini tidak seharusnya berhenti pada tahap sedia ada. Sebaliknya, ia perlu berani melangkah lebih jauh dengan memanfaatkan sokongan yang tersedia.

“Potensi itu boleh direalisasikan melalui kerjasama erat antara institusi pendidikan dan kerajaan negeri khususnya dalam aspek pembangunan akademik, penyelidikan serta infrastruktur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-35 MPI yang berlangsung di sebuah hotel pada Ahad.

Mengulas lanjut, Kui Hian berkata, MPI mempunyai asas yang kukuh untuk terus berkembang berdasarkan pengalaman panjang institusi tersebut dalam menyediakan pendidikan tertiari.

Pada masa sama, beliau turut mengiktiraf peranan MPI yang berupaya melahirkan graduan berkualiti, beretika tinggi dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan pasaran kerja semasa.

Tambahnya, kemajuan serta pembangunan Sarawak secara keseluruhannya amat memerlukan penglibatan dan sokongan jitu daripada semua pihak.

Foto: Facebook Dr Sim Kui Hian

Related Posts

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

SUNGAI PETANI – Enam sekeluarga maut termasuk seorang bayi berusia enam bulan dalam kemalangan membabitkan sebuah lori tanah dan kenderaan utiliti sukan, di Kampung Baru Pinang Tunggal, di sini hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

ISKANDAR PUTERI – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai medan penting untuk membuktikan kekuatan dan kebangkitan semula Barisan Nasional (BN), sekali gus memberi isyarat bahawa “gelombang biru” berpotensi kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Enam sekeluarga termasuk bayi maut, SUV bertembung lori tanah

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

Bukan DAP arah Aminuddin bubar DUN, itu keputusan konsensus pimpinan tertinggi PH

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

PRN Johor penentu kebangkitan BN, Zahid yakin ‘Gelombang Biru’ kembali warnai negara

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

SMK Saribas ungguli Perarakan Gawai Dayak Betong 2026

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Banjaran Nakawan aset strategik negara, bukan sekadar hutan – Raja Perlis

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM

Semua universiti termasuk IPTS perlu ada jabatan AI – PM