Tebingan Sungai Krian jadi projek ikonik Saratok

SARATOK – Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus menekankan pembangunan di peringkat akar umbi melalui pelaksanaan projek infrastruktur berimpak tinggi, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka dan DUN Krian.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, projek berkenaan adalah kesinambungan usaha kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan seimbang dan inklusif dinikmati penduduk luar bandar.

“Projek utama yang dinanti-nantikan penduduk ialah kerja-kerja perlindungan tebing sungai dan pembinaan Tebingan Sungai Krian Saratok (waterfront).

“Ia bukan sekadar bertujuan memperindah landskap, malah berfungsi sebagai pelindung struktur tebing daripada hakisan jangka panjang,” jelas beliau ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2026 ADUN Kalaka bertempat di Dewan SJKC Min Syn Saratok pada Ahad.

Projek berskala besar ini, dengan kos sekitar RM91.2 juta, akan dilaksanakan di bawah peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan dijadual bermula tahun ini.

Apabila siap, projek ini dijangka menjadi mercu tanda baharu di Pekan Saratok, merancakkan aktiviti ekonomi setempat serta menarik kehadiran pelancong ke daerah berkenaan.

Mohamad turut menyeru seluruh masyarakat agar terus memberikan sokongan dan mendoakan kelancaran pelaksanaan projek mengikut jadual yang ditetapkan.

Hadir sama pada majlis itu ialah ADUN Krian, Friday Belik; Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom; Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid; Pegawai Daerah Kabong, Tahir Mohd Sharee serta jemputan lain.

Related Posts

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan pembangunan pusat data baharu di kawasan yang tidak mempunyai kapasiti bekalan air dan tenaga mencukupi bagi menampung keperluan industri berkenaan. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

IPOH – Lebih RM4.08 juta nilai barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah dan ketum dilupuskan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak selepas kira-kira 5,000 kertas siasatan berkaitan kes berkenaan selesai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?