Jakim pernah bentang ancaman GISB kepada MKI – Mujahid

DATUK Seri Dr Mujahid Yusof mendedahkan perkembangan dan amalan bertentangan ajaran Islam oleh kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) pernah dibincangkan di peringkat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Perkara itu berlaku ketika beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang menurut Mujahid, pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) pernah membentangkan bahayanya ancaman GISB yang merupakan jelmaan Arqam, kemudian Rufaqa’ dan sekarang dikenali sebagai GISB.

“Tetapi dari sudut amalan dan kepercayaan mereka kepada amalan aurad yang kita katakan Suhaimi ini yang diamalkan oleh orang-orang Arqam, masih diamalkan (GISB),” katanya dalam satu klip video, hari ini.

Mujahid menegaskan, Jakim tidak patut dipersalahkan dalam isu yang terkait dengan GISB kerana bukan badan penguatkuasaan.

“Jadi tidak betul kalau kata kita (Jakim) tak buat apa, cuma siapa yang akan bertindak di peringkat kebangsaan, siapa yang akan menjalankan tugasan itu.

“Ketika dibentangkan di MKI, pihak keselamatan iaitu polis pun ada, begitu jugalah pihak jabatan agama negeri-negeri. Jadi tidak betul nak longgokkan kesalahan ini kepada Jakim dan tidak adil kerana tidak memahami dari sudut penguatkuasaan dan pentadbiran,” katanya.

Mujahid menambah, menangani dan menyekat perkembangan ajaran sesat turut melibatkan Jabatan Agama Islam setiap negeri.

“Isu perkembangan ajaran sesat ini juga kuasanya tertakluk di bawah pejabat agama, majlis agama Islam negeri masing-masing. Mereka juga memantau, tahu dan ada maklumat.

“Hakikatnya Jabatan Agama Islam Negeri mempunyai lebih kuasa untuk membuat apa-apa tindakan penguatkuasaan di negeri masing-masing.

“Jadi kalau GISB itu bertebaran di serata negeri maka negeri-negeri itu di luar kuasa Wilayah Persekutuan dan Jakim, maka pihak itu juga menggunakan kuasa yang ada di negeri,” katanya.

GISB dipalit kontroversi selepas 20 premis yang dikaitkan dengan syarikat itu sebagai pusat jagaan dan rumah amal kendaliannya diserbu polis awal pagi Rabu lalu.

Dalam Op Global itu, polis menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja berusia satu hingga 17 tahun, selain menahan 171 individu mengendalikan premis terbabit untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun wujud dakwaan rangkaian syarikat itu masih cuba menghidupkan doktrin atau ketaasuban kepada pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad apabila buku tulisannya yang difatwakan haram, ditemukan ketika serbuan dibuat.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman