Kekal hubungan baik dengan semua negara, Malaysia tentu dasar sendiri sebagai negara merdeka – PMX

IPOH – Malaysia tidak bergantung kepada persetujuan mana-mana kuasa besar dalam menentukan hala tuju negara, sebaliknya kekal membuat keputusan sendiri berasaskan prinsip kedaulatan dan kepentingan nasional.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sebagai negara merdeka, Malaysia mengambil pendekatan berkecuali dengan menjalin hubungan baik bersama semua negara tanpa terikat kepada mana-mana blok kuasa.

Menurutnya, pendirian terbuka itu penting bagi memastikan kepentingan negara terus terpelihara, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik yang memberi tekanan kepada ekonomi global serta krisis tenaga.

“Malaysia mempunyai keupayaan untuk mengangkat martabat sendiri. Ini masa untuk kita diuji dan memperkukuh kekuatan dalaman serta luaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program MADANI Rakyat di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan kerajaan sedang meneliti keperluan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi dengan mengambil kira pelbagai implikasi semasa.

Katanya, keutamaan ketika ini adalah memastikan bekalan barangan asas mencukupi bagi mengelakkan rakyat terus terbeban dengan tekanan kos sara hidup.

“Kita beri tumpuan kepada jaminan bekalan keperluan seperti minyak masak, tepung, gula, garam, serta bahan makanan termasuk sayur, ikan, daging dan ayam.

“Selepas itu, kita akan menilai sejauh mana harga boleh dikawal,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun menambah, kerajaan turut mempertimbangkan langkah sokongan kepada sektor perniagaan termasuk kemungkinan kelonggaran dari segi cukai atau levi bagi membantu mengurangkan kos operasi.

“Pendekatan ini penting untuk memastikan perniagaan kekal berdaya tahan dan pada masa sama dapat meringankan beban rakyat,” katanya.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff