Suhu di bangunan kerajaan ditetap 24 darjah Celsius bagi langkah penjimatan

PUTRAJAYA –  Kawalan penggunaan tenaga di bangunan kerajaan akan diperketatkan dengan menetapkan suhu penyaman udara pada minimum 24 darjah Celsius berikutan krisis tenaga global.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, penjawat awam digalakkan memakai pakaian lebih sesuai dengan iklim tempatan seperti batik, kemeja korporat atau baju Melayu bagi mengurangkan kebergantungan kepada penyejukan berlebihan.

“Langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memimpin melalui teladan dalam penggunaan tenaga secara berhemat.

“Sebagai langkah proaktif dalam menghadapi krisis tenaga global, kerajaan akan melaksanakan beberapa langkah penjimatan tenaga di peringkat nasional,” katanya pada Taklimat Krisis Tenaga Global yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan, pada Khamis.

Pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi mesej video mengumumkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi sektor awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula 15 April depan sebagai langkah proaktif dalam mendepani krisis tenaga global.

Keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri itu bertujuan mengurangkan penggunaan bahan api dan memastikan kemampanan bekalan tenaga negara yang terkesan akibat krisis tenaga global.

Dalam pada itu, Fadillah berkata, Malaysia berada dalam keadaan terkawal dan bersedia mengambil langkah proaktif bagi mengurus kesan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat yang kini menjejaskan bekalan serta harga minyak dunia.

Menurut beliau, gangguan terhadap laluan strategik seperti Selat Hormuz, yang menjadi nadi kepada aliran minyak global telah meningkatkan ketidaktentuan pasaran serta menekan harga minyak ke paras yang tinggi.

“Kita kini berada dalam satu fasa yang mencabar dalam landskap ekonomi global. Krisis tenaga global yang sedang berlaku, susulan konflik di Asia Barat telah memberi kesan langsung kepada bekalan dan harga tenaga di seluruh dunia.

“Sebagai sebuah ekonomi terbuka Malaysia tidak terkecuali daripada tempias krisis berkenaan. Kita harus berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya krisis ini berlarutan.

“Kerajaan memahami kebimbangan rakyat terhadap impak krisis itu, justeru pendekatan yang diambil adalah jelas, tersusun serta berfokus kepada keutamaan tertentu,” katanya.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman