9 calon kemuka pencalonan Naib Presiden PKR

PUTRAJAYA – Sembilan pemimpin mengesahkan pencalonan setakat jam 11 malam tadi bagi perebutan jawatan Naib Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.

Mereka termasuk tiga penyandang jawatan iaitu Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad; Menteri Sains dan Teknologi, Chang Lih Kang serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari yang turut mengumumkan hasrat mempertahan jawatan masih belum mengemukakan pencalonan.

Turut mengemukakan pencalonan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, R Ramanan; Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Sathia Prakash Nadarajan; Ahli Parlimen Segamat R Yuneswaran; Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, Senator Abun Sui Anyit dan bekas Exco Selangor, Hee Loy Sian.

Bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, belum ada mana-mana pemimpin mengemukakan pencalonan.

Bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), seramai 62 pemimpin mengemukakan pencalonan mereka termasuk Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim; bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik serta pengarah dan pelakon, Hans Isaac.

Turut menghantar pencalonan, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Naib Presiden yang juga Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy.

Nama lain adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung; Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar; Ahli Parlimen Gopeng, Tah Kar Hing serta Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh serta Exco Selangor, Najwan Halimi dan Dr Fahmi Ngah.

Bagi saingan sayap, hanya penyandang Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek dan Timbalan Ketua Wanita, Juwairiyah Zulkifli sudah mengemukakan pencalonan mereka.

Bagi jawatan Naib Ketua Wanita, lima pencalonan diterima sementara 40 pencalonan bagi jawatan Exco wanita.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail mengumumkan akan sekali lagi mencabar Fadhlina, mengulangi saingan pemilihan 2022.

Sementara, bagi sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK), tiada pencalonan diterima bagi jawatan Ketua AMK biarpun penyandang Timbalan Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim sudah menyatakan hasrat bertanding jawatan itu.

Satu pencalonan pula diterima bagi jawatan Timbalan Ketua AMK iaitu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Izuan Kasim, sementara 10 pencalonan sudah diterima bagi jawatan Naib Ketua AMK dan 49 calon bagi Exco AMK.

Tempoh pencalonan bagi semua jawatan pimpinan pusat ini akan dibuka hingga tengah malam hari ini, dengan proses pengundian pula akan berlangsung pada 23 Mei ini, sempena Kongres PKR Nasional 2025 di Johor Bharu, Johor.

Related Posts

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BARISAN Nasional (BN) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik di Sabah bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi BN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

LAHAD DATU – Parti Bersatu Sabah (PBS) mengekalkan pendirian bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bergerak solo sekiranya tidak berlaku sebarang rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Tiada masalah dengan slogan ‘Sabah for Sabahan’ – Ewon

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

Reformasi pendidikan bermula dalam kelas – Fadhlina

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

BN sedia kerjasama dengan parti tempatan Sabah

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

KPDN ambil tindakan susulan aduan ikan busuk di Pasar Sibuga

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

PBS sedia bersama GRS gerak solo jika tiada rundingan berlaku

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi

Chan kecam tindakan keluar parti demi kepentingan peribadi