9 anggota FRU maut, nahas bertembung lori muatan batu

TELUK INTAN – Sekurang-kurangnya sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dilaporkan maut dalam nahas membabitkan kenderaan FRU dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini pada Selasa.

Daripada makluman awal yang diterima, selain maut, terdapat juga anggota FRU yang mengalami kecederaan parah akibat tersepit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon ketika dihubungi, mengesahkan kejadian tersebut yang dikatakan berlaku sekitar jam 8.30 pagi tadi.

Jelasnya, laporan awal mendapati, nahas kemalangan itu melibatkan sebuah lori yang sarat dengan muatan batu dan sebuah kenderaan FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu.

“Setakat ini, mangsa yang disahkan meninggal dunia seramai sembilan orang.

“Manakala mangsa yang cedera tersepit, telah dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Teluk Intan,” katanya.

Tambahnya, kerja-kerja menyelamat sedang giat dijalankan di lokasi kejadian.

Difahamkan, kenderaan FRU terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas Op Chariot di Teluk Intan.

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

KUANTAN – Penganjuran Malaysia East Coast Trade and Entrepreneur Expo 2026 adalah antara langkah strategik kerajaan Pahang memperkasa komuniti usahawan di Pantai Timur. Rata-rata usahawan ditemui Sinar Harian menyambut baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

  • By Siti
  • April 20, 2026
Iran beri amaran Selat Hormuz tidak selamat jika eksport disekat

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia