750 bot kawalan jauh gegar Sungai Rajang, sasar rekod Malaysia

SIBU – Sibu bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah kepada Sibu International RC Powerboat Race River Challenge 2025 yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 27 Julai ini di Tebingan Pulau Li Hua.

Acara yang berlangsung selama empat hari bermula 24 Julai ini bukan sahaja menghimpunkan peminat sukan kawalan jauh dari dalam dan luar negara malah berpotensi untuk dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori ‘Most Remote Control Boats in a Single Event.’

Setiausaha Jawatankuasa Petugas Pelancongan Bahagian Sibu, Maria Nadja Jimmy berkata, penyertaan luar biasa itu membuktikan potensi besar Sibu sebagai pusat penganjuran acara pelancongan berskala besar.

“Ini kali pertama kita menghimpunkan jumlah penyertaan terbesar dalam satu acara seumpamanya. Jika berjaya, ia bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada Sibu tetapi juga Sarawak secara keseluruhan,” katanya pada sidang media di Pejabat Residen Sibu pada Isnin.

Menurut beliau, acara bertemakan ‘D’ Mighty Rajang River Roars, Again!’ itu menarik penyertaan dari seluruh Sarawak serta beberapa negeri lain termasuk Perlis, Selangor, Sabah dan Labuan selain peserta antarabangsa dari Brunei dan Thailand.

Katanya, pihak MBOR akan hadir bagi menyaksikan dan mengesahkan jumlah penyertaan sepanjang acara berlangsung.

Dalam pada itu, acara berprestij ini turut mendapat suntikan dana sebanyak RM100,000 daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) sebagai sokongan kepada pembangunan pelancongan tempatan.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Residen Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman pada 24 Julai manakala penyampaian hadiah dan sijil pengiktirafan MBOR akan berlangsung pada 27 Julai.

Sebanyak sembilan kategori perlumbaan akan dipertandingkan dengan hadiah wang tunai sehingga RM3,000 menanti pemenang.

Pelbagai aktiviti sampingan seperti pertandingan mewarna, inovasi kreatif powerboat, gerai jualan dan cabutan bertuah harian menjadikannya acara yang sesuai untuk seisi keluarga.

Maria berharap acara ini dapat menjadi tarikan pelancongan tahunan di Sibu serta membuka ruang baharu kepada komuniti tempatan untuk terlibat dalam industri pelancongan kreatif.

Related Posts

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah